SINDIRAN YANG BOLEH JATUH MURTAD

685
SHARES
3k
VIEWS

Teks ucapan yang dibuat oleh Presiden Pelangi Campaign, Saudara Numan Afifi yang tersiar di laman Twitter peribadi beliau pada 9 Mei baru-baru ini harus ditarik balik dengan segera. Ini kerana ucapan itu boleh mengakibatkan keimanan beliau tergelincir dari landasan seorang Muslim.

Teks ucapan yang berupa sindiran terhadap agama Islam itu melibatkan perkara akidah, iaitu memperlekeh Rukun Islam yang ketiga. Sebagaimana yang kita sekalian maklum, Rukun Islam tidak boleh dipermain-mainkan apatah lagi dipersenda-sendakan, sekalipun untuk tujuan jenaka. Tambah lagi jika ia berniat untuk menghina perintah Tuhan dalam Rukun Islam yang ke-3, iaitu PUASA.

Beliau dinasihatkan agar segera menarik balik teks ucapan keterlaluannya itu yang memperlekehkan perkara ibadat dalam ajaran Islam, sehingga membandingkannya pula kepada perkara yang diperjuangkannya iaitu hak kebebasan kaum minoriti LGBT dengan bilangan majoriti rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah puasa.

Realitinya yang sebenar, bilangan manusia yang berpuasa di Malaysia ini adalah jauh lebih ramai daripada yang tidak berpuasa jika dibanci bilangan tersebut secara adil, sebab bilangan bukan Islam termasuk golongan Islam yang uzur yang dikecualikan daripada berpuasa masih belum dapat mengatasi yang berpuasa.

Dalam kaedah hukum Syarak, sesiapa yang memperlekeh perkara qat’i dalam hukum-hakam Islam dengan sengaja, boleh gugur imannya, dalam ertikata lain boleh jadi murtad.

Oleh itu, Haji Rashidi Haris selaku Ketua Media MUAFAKAT menasihati ketua kumpulan gay ini agar segera bertaubat dan menarik balik teks sindiran beliau itu.

Dan Haji Rashidi menganggap dengan bersangka baik, beliau jahil dalam bab hukum hakam agama Islam ini. Mudah-mudahan Allah SWT memaafkan beliau atas kejahilannya itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts