TUA ATAU MUDA BUKAN ISU, INTEGRITI DAN AKHLAK MULIA MENJADI PILIHAN – PUTRA

221
SHARES
712
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

17 September 2020

1. Parti Putra mengalu-alukan penubuhan parti baru terkini antaranya parti MUDA dan parti PEJUANG.

2. Bertambahnya parti-parti politik adalah evolusi selagi mana amalan demokrasi diamalkan dan PUTRA sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi perjalanan demokrasi di negara kita Malaysia.

3. Apabila sebuah parti muncul maka berbagai reaksi timbul ada yang positif dan negatif. Yang paling popular ialah “pecah lagi undi Melayu”. Kecaman-kecaman ‘cybertroper‘ yang dibayar oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan menggunakan ‘fake account’ atau didaftar di luar negara pasti berkerja keras untuk majikannya. Tetapi ada juga yang lantang menyuarakan pendapat bahawa “berpecah lagi undi Melayu” – datang daripada tokoh yang beliau sendiri tubuhkan parti satu demi satu. Ia pelik tetapi benar.

4. Pada PUTRA lagi banyak parti, lagi banyak rakyat atau pengundi dapat membuat pilihan mana yang terbaik atau disukai. Dahulu tidak banyak pilihan. Umpama dasar monopoli terhad menyebabkan berlaku ketamakan, kenaikan kos sesuka hati, mutu tidak diberi keutamaan, penyelewengan dan sebagainya. Begitu juga dalam amalan perjalanan sistem demokrasi. Jika ada dua atau tiga parti, maka mereka akan menjadi angkuh dan tidak menjaga integriti kerana rakyat tidak mempunyai banyak pilihan. Dunia demokrasi adalah dunia persaingan, siapa yang terbaik. Soal untuk elak perpecahan undi itu adalah strategi masing-masing untuk meraih kemenangan. Berbagai tuduhan untuk kepentingan masing-masing. 

5. PUTRA berpendapat secara ilmuan, rakyat tidak kisah parti orang muda atau orang tua. Orang mudapun akan jadi orang tua. Sentimen ini hanya untuk modal politik saperti mana ada yang GUNA ISLAM untuk politik diri, GUNA MELAYU untuk raih sokongan orang Melayu atau guna atas nama berbagai kaum. Sebab itu ada MCA untuk Cina, MIC untuk India serta banyak lagi parti seperti di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada ada parti atas nama berbilang kaum tetapi pendekatan kempennya adalah juga berkepentingan kaum.

Kini ada pula Parti MUDA. Selepas ini ada Parti TUA. Parti Wanita, Parti Orang Seni dan Parti Gay, Parti OKU dan lain-lain. Adakah ini ‘trend’ baru di Malaysia, tidaklah dapat kita ramalkan.

6. Rakyat yang memilih dalam membuat keputusan parti mana yang mahu diundi atau disokong, bukan atas faktor muda atau tua. Yang rakyat mahu siapa yang berintegriti, berakhlak mulia dan “cakap serupa bikin”. Orang muda dan tua juga akan menolak jika diketahui jenis penimpin yang sembunyi duit ratusan ribu atau juta di rumah tanpa dijelaskan dengan telus dari mana duit tersebut di perolehi. Tidak hipokrit atau munafik pada hemat umat Islam.Apatah lagi yang ‘berotak liberal’ di mana roh penghayatan Islamnya lesu dan kosong. Bagi orang Melayu dan Peribumi, bukan sahaja menolak jenis perasuah, jaguh maksiat apatah lagi yang terang lagi bersuluh seperti yang terdapat dalam rakaman video.

Apatah lagi jenis yang angkuh, hidup kononnya bermaruah namun tidak pula tegas, bukan sahaja tidak membela hak umat Islam dan Peribumi malah mereka turut menjadi penyebab kaum Peribumi hilang hak di bumi sendiri. Mereka gagal memperkasakan bangsa dan mereka juga ‘menodai’ Asas Perlembagaan Negara saperti Fasa 151, 152 dan 153.

7. Umat Melayu Islam dan Peribumi wajib menolak parti dan pemimpin palsu yang menyebabkan “menang sorak kampung tergadai”. Tanah Rizab Melayu hilang, Bahasa Kebangsaan diperlekeh dan di mana HAK KEISTIMEWAAN MELAYU? Ini yang menyedihkan.

Bangsa sendiri merempat di bumi sendiri. Usahlah menjadi jaguh untuk bangsa lain dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap Islam.

Inilah prinsip utama PUTRA. Bangsa sendiri dan ajaran Islam yang sebenarnya menjadi tonggak perjuangan parti PUTRA, TEGAS TANPA TOLAK ANSUR.

Ingat Islam, ingat Melayu, ingat Peribumi. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts