SEGERAKAN RCI TERHADAP TOMMY THOMAS

156
SHARES
503
VIEWS

Cerita Tommy Thomas jangan disenyapkan. Sudahkah dia dipanggil ke Bukit Aman?

Amat wajar semua pihak termasuk UMNO menuntut Kerajaan PN segera menubuhkan RCI (Suruhanjaya DiRaja) untuk menyiasat Tommy Thomas.

Beratus laporan polis telah dibuat terhadap Tommy Thomas termasuk oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III, Mohamad Hanafiah Zakaria.

Banyak alasan kenapa RCI terhadap Tommy Thomas perlu ekoran pendedahan beliau dalam memoirnya itu.

Pertama, Peguam Negara TS Idris Harun mendakwa buku memoir Tommy Thomas jelas menghina institusi perundangan negara.

Menurut Idris memoir itu dihasilkan oleh “pemikiran yang dangkal kerana pengalaman yang singkat oleh orang yang tidak memahami institusi perkhidmatan awam”.

Kedua Tommy Thomas mendedahkan, Tun Mahathir bersetuju melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak atas ‘recommendation‘ beliau.

Adakah itu bermakna pelantikan “Hakim-hakim atasan” telah mengenepikan peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)? Sebab itu RCI penting ditubuh segera.

Ketiga, banyak pihak mendakwa buku memoir itu bertentangan dengan Seksyen 26 Akta Keterangan 1950. Tommy Thomas dituduh langgar OSA. Selaku penasihat utama kerajaan dia terikat dengan kerahsiaan di bawah Artikel 145.

Keempat, benarkah penerbit kepada buku memoir ini adalah think tank kepada DAP? Maka apa motif buku memoir tersebut yang penuh dengan fitnah termasuk menghina Allahyarham Tun Abdul Razak?

Kelima, Tommy menuduh penjawat awam adalah dungu. Dia dikecam teruk oleh JALSOA (Persatuan Perkhidmatan Kehakiman) kerana penghinaan itu.

Tommy turut menghina keputusan Hakim Mahkamah Koroner mengenai pembunuhan Adib. Padanya keputusan itu adalah ‘absurd‘. 

Keenam, Tommy tuduh DYMM YDP Agong mahu Wan Azizah jadi Perdana Menteri untuk ganti Tun Mahathir yang letak jawatan, adakah Tommy menuduh YDP Agong main politik?

Ketujuh, pendedahan Tommy Thomas kenapa dia tidak mendakwa 12 orang penyokong LTTE setelah mendapat persetujuan Tun Mahathir juga amat menggusarkan.

Menurut Tommy, Muhyiddin yang ketika itu Menteri KDN mahu 12 orang itu didakwa. Muhyiddin dakwa PDRM mempunyai bukti kukuh penglibatan 12 orang itu. Baca di sini;

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penahanan-ltte-polis-ambil-tindakan-berdasarkan-bukti-kukuh-muhyiddin-220221

Dan banyak lagi kontroversi yang didedahkan oleh Tommy Thomas yang perlu disiasat secara bebas.

Justeru segerakan RCI terhadap Tommy Thomas demi memelihara imej keadilan, perundangan dan integriti kehakiman negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts