UMNO TOLAK PPBM: DAP DAN PKR YANG UNTUNG?

129
SHARES
417
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dakwa, perpecahan Perikatan Nasional akan untungkan DAP dan PKR apabila undi Melayu berpecah.

Bukankah di PRU ke-14, PPBM menubuhkan PH bersama dengan DAP dan PKR untuk tumbangkan UMNO. Masa itu tidak fikir ke siapa untung, siapa rugi?

Bahkan apa PPBM buat apabila aset Tabung Haji, FELDA dan Khazanah yang banyak dijual? Hingga ke hari ini kerajaan PN tidak berani tubuh RCI Tabung Haji. Kenapa?

Duduk dalam PN ikut telunjuk PN buat apa? PPBM jangan hipokrit bercakap isu penyatuan ummah jika isu kalimah Allah pun tidak dapat diuruskan.

PPBM patut rasa malu untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana dalam tempoh singkat PPBM sudah melahirkan dua parti serpihan iaitu PEJUANG dan MUDA.

Adakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika PPBM jadi ‘boss’ penyatuan ummah dalam PN? PPBM sudah diberi peluang, dengan tujuh MP, PPBM adalah boss dalam PN.

Tetapi apabila PPBM mewujudkan “kluster katak” dalam PPBM untuk membanyakkan jumlah Ahli Parlimennya melalui tawar-menawar, pujukan, ugutan dan jawatan adakah itu baik untuk penyatuan ummah?

Taktik mengajak MP ‘lompat’ parti sehingga parti lain berpecah adalah tikam belakang yang tidak jujur untuk penyatuan ummah.

Kalau PPBM hendak bertanding 222 kerusi, bertandinglah. UMNO tidak setamak itu. UMNO hanya menuntut 16 kerusi lompat.

Justeru, PPBM patut malu kerana mengutip Ahli Parlimen ‘rentas parti’. Tidak bermaruah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts