NAJIB: TUBUH RCI SIASAT SEMUA TUDUHAN LIM GUAN ENG

147
SHARES
475
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Saya dimaklumkan bahawa Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.

Lim cerdik kerana tahu jika membuat laporan palsu adalah salah

Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah ‘merompak’ wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti.
Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah “tiada”, “tiada” dan “tiada”.

Lim menuduh LHDN pecah amanah kerana tidak kembalikan cukai terlebih bayar

Dengan tiba-tiba pula, Guan Eng membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1% dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan. Malah, kegunaan ‘set-off‘ (tolak-selesai) untuk kredit cukai (tax credits) bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara.

Saya hairan mengapa ahli parlimen PH tidak pernah sekalipun membangkitkan isu ini walaupun sekali sebelum mereka menjadi kerajaan. Kalau sebanyak 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan terbabit, ini tentu sudah menjadi isu yang besar sebelum ini.

Selepas tiga bulan baru sedar isu terlebih bayar tuntutan cukai pendapatan?

Saya lebih pelik kerana sama seperti kes wang GST sebanyak RM18 bilion, Guan Eng hanya sedar tentang isu RM16.046 bilion tuntutan cukai pendapatan lebih bayar selepas 3 bulan.

Saya juga hairan kerana selama BN menjadi kerajaan, ini tidak pernah menjadi isu dan hanya apabila PH menjadi kerajaan timbul banyak isu seumpama ini tetapi apabila diminta untuk membuat laporan polis, beliau enggan.

Bukti negara masih ada wang yang boleh disemak dengan Akauntan Negara Malaysia

Jika Guan Eng mahu berterusan menuduh kerajaan BN tiada wang untuk membayar ataupun wang semua sudah dicuri adalah tidak benar kerana mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah.
http://www.anm.gov.my/…/PENYATA%20KEWANGAN%20KERAJAAN%20PER…

Akibat tiga bulan GST sifar, kerajaan hilang hasil sebanyak RM31 bilion

Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM31 bilion.

Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Guan Eng baru menyedari bahawa langkah ‘tax holiday‘ dan menukar dari GST ke SST adalah langkah yang tidak betul.

Kerajaan PH menuding jari kepada BN untuk menyorok kesilapan menguruskan ekonomi

Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri.

Sebenarnya, tidak perlu untuk layan dakwaan bermotif politik ataupun berdebat dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan. Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

Tubuh RCI untuk siasat tuduhan Lim

Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts