‘SPY’ ATAU ‘BARUA’ YAHUDI ZIONIS?

179
SHARES
577
VIEWS

Minggu ini negara dikejutkan dengan insiden rakyat Malaysia yang direkrut oleh agensi perisikan Israel iaitu MOSSAD, namun ‘kantoi’ secara memalukan dalam operasi pertama mereka disebabkan oleh ketidakcekapan, masalah komunikasi, ‘teruja’ lebih, termasuk “sloppy humint” yang dikaitkan dengan kelemahan MOSSAD sendiri. Perimeter sendiripun gagal dijaga baik, sehinggakan serbuan yang dilakukan langsung tidak dapat dihidu oleh operatif amatur ini.

Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/26797/

Akhbar utama Israel tentu menafikan hal ini, sama seperti pembunuhan yang dilakukan pada April 2018 yang juga melibatkan penculikan dan pembunuhan warga Palestin di negara ini di mana negara Yahudi Zionis itu menafikan sekeras-kerasnya penglibatan agensi mereka – walaupun semua indikator menunjukkan ia dilakukan oleh MOSSAD.

Malangnya yang direkrut menjadi ‘barua’ agensi perisikan Yahudi Zionis yang terkenal jahat ini adalah berbangsa Melayu Islam, yang kebiasaannya bersolidariti kepada Palestin di atas pendudukan dan serangan rejim Israel terhadap mereka selama ini. Sayangnya anak-anak muda ini sanggup menjadi ‘alat’ kepada Yahudi Zionis, sama ada terpengaruh dengan tawaran kewangan atau kerana ‘thrill‘, kononnya seronok menjadi ‘spy‘ sedangkan hakikatnya mereka hanyalah ‘barua’ untuk melaksana operasi keji MOSSAD.

Walaupun wanita Melayu dan suaminya dikaitkan sebagai penyokong tegar Pakatan Harapan, malah berbangga di sisi bendera PKR, diharapkan parti dan gabungan itu yang kerap dikaitkan dengan isu menerima dana asing ini tidak terlibat atau bersimpati dengan pengkhianat-pengkhianat negara ini.

Walaupun wujud pengakuan Daniel Twinning dari IRI sebelum ini yang menaja Pakatan Harapan dalam satu perancangan yang beliau istilahkan sendiri sebagai “a long game“, diharapkan tidaklah sampai kepada menerima dana seperti wanita Melayu yang teruja mahu menjadi ‘spy‘ namun akhirnya diri sendiri ‘bersepai’.

PKR sendiri awal-awal lagi sudah menafikan bahawa wanita dan suaminya itu ahli atau penyokong mereka dan tular pula poster yang mengaitkan pasangan suami isteri ‘barua’ MOSSAD itu sebagai penyokong Rina Harun dan Bersatu. Apatah lagi negara Yahudi Zionis, tentunya menafikan terus penglibatan mereka tetapi bukan atas dasar kerahsiaan operasi.

Hakikatnya mereka membuat penafian kerana mahu ‘menyorok muka’ apabila operasi sendiri ‘expose‘ dengan cara yang sangat memalukan. ‘Handler‘ MOSSAD yang mengendalikan ‘barua’ rakyat Malaysia ini tentu sedang berdepan dengan tindakan keras termasuk dibuang tugas atas kegagalan operasi – termasuk tersalah tangkap sasaran yang tidak boleh dimaafkan. 

Justeru, nasihat buat MOSSAD, lebih baik buat operasi di negara lain jika tidak mahu dimalukan lagi oleh pihak Polis DiRaja Malaysia, terutamanya pihak Cawangan Khas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts