LIM KIT SIANG, POLITICAL STRATEGIST, COMMANDER IN CHIEF PAKATAN HARAPAN DAN DAP

191
SHARES
508
VIEWS

Shah Alam

22 Mei 2019

Lim Kit Siang (LKS) sebenarnya seorang political strategist untuk Pakatan Harapan dan DAP.

Lim Kit Siang sebenarnya seorang Penasihat Utama kepada Perdana Menteri Malaysia.

Dengan adanya 41 kerusi Ahli-ahli Parlimen DAP di dalam Gabungan Pakatan, Dr. Mahathir tidak mempunyai pilihan kecuali mendengar tuntutan-tuntutan daripada Lim Kit Siang dan DAP.

LKS telah berada di arus perdana politik negara selama lebih daripada 70 tahun, 61 tahun sebagai pembangkang dan kini akhirnya, DAP berjaya menjadi kerajaan.

DAP berjaya menakluk Kerajaan Persekutuan, dengan mempergunakan populariti Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam, Lim Kit Siang menuduh Najib Razak menggunakan Cyber Trooper untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu kes 1MDB.

LIM KIT SIANG MENUDUH:

1. Isu Pakatan tidak memenuhi janji-janji Manifesto adalah tidak benar;

2. Isu tuduhan bahawa Kerajaan Pakatan tidak berjaya, mengawal negara dan ekonomi juga adalah palsu;

3. LKS menafikan beliau dan DAP yang sebenarnya menguasai Kerajaan Pakatan Harapan;

4. LKS kata adalah tidak benar, rakyat sudah muak dengan Kerajaan Pakatan Harapan dan sudah mual dengan isu kes 1MDB;

5. LKS kata, adalah tidak benar, DAP berkempen untuk Maszlee digugurkan dari Kabinet Kerajaan Pakatan; dan

6. LKS kata, rakyat mahu dengar lebih banyak pertuduhan Kes 1MDB.

ULASAN:

Lim Kit Siang menggariskan 6 perkara tuduhan-tuduhan yang tidak benar oleh Cyber Trooper Barisan Nasional dan Najib Razak.

LKS juga seperti menggugut Dr. Mahathir supaya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

LKS juga menyatakan bahawa Kerajaan PH harus terus memerangi rasuah dan salah guna kuasa, berpaksikan Rule of Law (Kedaulatan undang-undang).

Tetapi agak menghairankan, apabila kini terdapat 2 kes, Setiausaha Politik Menteri PH berhadapan dengan siasatan tuduhan kes rasuah.

Agak menghairankan apabila Lim Kit Siang membicarakan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa, rakyat melihat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, sorok-sorok dengan kes banglo (tanpa swimming pool) dan Terowong Ajaib di Pulau Pinang.

Kemungkinan selama ini, rakyat tidak mempercayai penjelasan dari Najib Razak dan Kerajaan BN terdahulu.

Kemungkinan selama ini,

Rakyat tidak sedar,

Rakyat kelabu mata,

Rakyat kurang mempercayai,

KINI:

Rakyat sudah celik,

Rakyat sudah pandai,

Rakyat sudah cerdik,

Rakyat sudah terang mata,

Rakyat sudah ada akal,

Rakyat sudah kena ‘kencing’,

OLEH YANG DEMIKIAN:

Rakyat sudah boleh menilai.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts