MUAFAKAT UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PUAN LATHEEFA SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM

444
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Latheefa Beebi Koya, atas lantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuatkuasa pada hari Sabtu lepas 1 Jun 2019.

2. MUAFAKAT sangat mengalu-alukan pelantikan ini dan mendoakan agar puan dapat memikul tanggungjawab besar ini dengan integriti yang tinggi, penuh amanah dan adil dalam melaksanakannya tanpa berpihak terhadap mana-mana golongan terutamanya para menteri negara.

3. Pilihan ini pastinya atas keyakinan yang tinggi oleh kerajaan terhadap kredibiliti puan sebagai peguam yang mempunyai pengalaman dan latar belakang bidang guaman, tentunya keadilan dapat dilaksanakan dan gejala rasuah akan dapat diatasi dan berkurangan pada setiap penggal perkhidmatan puan.

4. Pastinya rakyat amat berharap dengan pelantikan ini, kesinambungan dan kecemerlangan urus tadbir SPRM akan semakin maju dan melangkah ke arah era profesionalisme terbaik apabila terpaksa mengenepikan Akta SPRM 2009, bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik mestilah terdiri dari penjawat awam.

5. Tanpa prejudis MUAFAKAT akan senantiasa memberikan kerjasama kepada SPRM bagi memastikan negara bersih daripada gejala rasuah yang kini dilihat masih belum bersih sepenuhnya dan perhatian serius harus lebih tertumpu khususnya di sektor pentadbiran awam tanpa dikecualikan di kalangan penjawat jawatan tinggi pentadbiran kerajaan.

6. Dunia kini sedang melihat Malaysia sebagai negara model dalam memerangi rasuah yang berwawasan membersihkan negara dari ancaman gejala itu. Dan inilah yang dilaung-laungkan sepanjang PRU-14 hingga jatuhnya kerajaan korupsi dengan timbunan kes rasuah yang menanti dibongkar dan dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira bulu.

7. Tidak lupa juga, MUAFAKAT ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri bin Abdull atas kecemerlangan khidmat beliau yang telah banyak berjasa kepada negara sewaktu menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan memendekkan khidmat kontrak lebih awal yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020.

8. Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan dan rahmat-Nya di atas khidmat Dato’ Sri Mohd Shukri bin Abdull selama ini.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts