PELANTIKAN LATHEEFA KOYA SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM JEJAS INTEGRITI DAN KREDIBILITI SPRM

365
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA MALAYSIA

BIRO INTEGRITI & ANTI RASUAH

4 Jun 2019

1. PERKASA amat terkejut dan tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

2. PERKASA melihat pelantikan Latheefa Koya, yang juga AJK Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan sekaligus menjejaskan sifat integriti dan kredibiliti SPRM sebagai badan kerajaan yang memerangi kes rasuah di negara ini.

3. Selain dari itu, Perkasa juga tertanya-tanya sekiranya ada motif politik di sebalik pelantikan ini apabila Perdana Menteri membuat keputusan yang sangat mengejut di saat-saat seluruh rakyat Islam di negara ini bersedia meraikan Hari Raya Aidilfitri.

4. PERKASA melihat lebih ramai lagi di dalam suruhanjaya itu yang lebih layak untuk memegang jawatan tertinggi di dalam SPRM ini. Mengikut Akta SPRM 2009, pelantikan KP SPRM mestilah dari kalangan penjawat awam yang profesional, berwibawa, berpengalaman, serta berintegriti tinggi dan bebas dari segala penglibatan politik.

5. PERKASA ingin memberi amaran, jangan disebabkan seorang KP yang tidak layak memimpin, rosak reputasi seluruh badan SPRM, ibarat disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

6. Sehubungan dengan itu, PERKASA ingin menyeru kepada Perdana Menteri untuk menimbal balik dan membuat pandangan kedua di atas pelantikan KP SPRM yang baru ini agar sifat integriti dan kredibiliti SPRM sebagai badan pencegahan rasuah nombor satu di negara ini tidak akan terjejas dan dapat meneruskan prestasi cemerlang dalam menangani masalah rasuah di negara ini ATAU LATHEEFA KOYA sendiri menarik diri jika beliau mempunyai maruah dan integriti selari dengan kenyataannya sebelum ini.

Sekian.

Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

ADT PERKASA merangkap

Timbalan Pengerusi Biro Integriti & Anti Rasuah PERKASA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts