PELANTIKAN LATHEEFA KOYA SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA SPRM, PH MUNGKIR JANJI LAGI

445
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRANITA PUTRA

Sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal, rakyat dikejutkan dengan berita pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk menamatkan perkhidmatannya lebih awal.

Berita pelantikan Latheefa Koya ini sekali lagi membuktikan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji manifestonya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Dalam janji ke-14 manifesto PH, ada disebut berjanji bahawa pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen. Biarpun Latheefa Koya memaklumkan beliau sudah meninggalkan PKR, namun ketika kerajaan memutuskan untuk melantiknya, beliau masih lagi ahli PKR.

Lebih mengejutkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, YB William Leong memberitahu media, pelantikan tersebut tidak dibuat melalui jawatankuasa tersebut. Malah Leong juga berkata kepada media bahawa pelantikan Latheefa tidak sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu lantikan yang bebas politik.

Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) curiga adakah pelantikan Latheefa Koya yang tidak sehaluan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Wiranita PUTRA juga curiga dengan keputusan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk menamatkan perkhidmatan awal.

Adakah wujud tekanan sehingga menyebabkan beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya?

Wiranita PUTRA percaya pelantikan Latheefa Koya pasti mengundang kritikan dari masyarakat dan orang ramai.

Adakah lantikan tersebut berdasarkan merit dan tanggungjawab moral bukan kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Wiranita PUTRA akan memantau Latheefa Koya agar dapat memastikan SPRM bersikap adil dalam menjalankan siasatan dan tidak menumpukan kepada sasaran terpilih atau ada jerung yang akan terlepas.

Kepada Allah SWT kita berdoa demi keadilan hakiki.

BERJUANG. BERKHIDMAT. BERKORBAN

Intan Rahmah Ali

Ketua Wiranita PUTRA

4 Jun 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts