AZMIN WAJIB BERCUTI TANPA GAJI

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Sejak minggu lepas, fokus Azmin Ali adalah bagaimana strategi untuk menangkis serangan politik ke atas beliau.

Sama ada video itu tulen atau palsu, fokus Azmin selaku Menteri Ekonomi telah terjejas.

Beliau sepatutnya fokus membangunkan ekonomi negara, bukan membatalkan mesyuarat-mesyuarat rasmi kementerian untuk menumpukan perbincangan strategik dengan ‘Panglima-panglima Perang’ beliau secara kerap seperti yang berlangsung di private room Hotel Grand Hyatt malam tadi.

Sebab Itulah Azmin dinasihatkan untuk bercuti dari menjalankan tugas-tugas rasmi beliau kerana sebagai Menteri yang dibayar gaji dengan duit rakyat, rakyat tidak mengharapkan lebih melainkan beliau perlu fokus dengan tugas sebagai Menteri Ekonomi selagi beliau masih makan gaji dengan duit rakyat.

Jangan bazirkan duit rakyat dengan membayar gaji kepada Menteri yang fokusnya kini hanyalah untuk menyelamatkan karier politiknya sendiri.

Bercutilah Azmin.

Bercuti tanpa gaji.

Selepas kes kamu selesai, kembalilah makan gaji dengan duit rakyat.

Pasti ramai lagi dalam PH yang mampu MENANGGUNG tugas kamu sebagai Menteri Ekonomi sepanjang tempoh kamu bercuti.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts