Sekalung tahniah diucapkan buat seluruh warga FELDA yang mengundi Pakatan Harapan termasuk DAP, apabila Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, dianugerahkan sebagai Ikon FELDA semalam.
Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ketika Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di FELDA Selancar 3, Rompin, hari ini.
Chef Wan dipetik berkata;
“FELDA dulu dan sekarang sudah banyak berbeza dan berubah. Kini ramai anak-anak FELDA sudah berjaya dan berjawatan tinggi dalam pelbagai sektor.”
“Kejayaan ini sesuatu yang membanggakan bukan sahaja kepada anak peneroka tetapi bangsa Melayu juga.”
Sudah tentu kejayaan FELDA hari ini yang banyak berbeza berbanding dahulu adalah kerana usaha gigih kerajaan Barisan Nasional, di mana secara tidak langsung Chef Wan mengiktiraf usaha kerajaan lama selama ini.
Sama ada beliau tidak perasan atau sememangnya jauh di sudut hati beliau tahu jasa-jasa kerajaan sebelum ini terhadap FELDA.
Ini kerana tidak mungkin FELDA mampu berjaya sampai ke tahap sebegini jika ia adalah hasil usaha Pakatan Harapan yang baru setahun memerintah, malah mahu menstabilkan harga sawit juga mereka gagal.
Apapun, tahniah buat Chef Wan Ismail kerana berjaya membuktikan orang yang ‘dirasuk syaitan’ juga boleh menjadi Ikon FELDA.
Buat warga FELDA pengundi Pakatan Harapan pula, tahniah kerana mendapat Chef Wan sebagai ‘ikon’ anda, semoga beliau boleh membantu anda mendesak kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan hutang-hutang warga FELDA seperti dijanjikan sebelum PRU-14.
Tahniah!