KETUA POLIS NEGARA PERLU LETAK JAWATAN JIKA TIDAK BOLEH KENAL PASTI PELAKU VIDEO SEKS BERKAITAN AZMIN ALI

407
SHARES
2.4k
VIEWS

Semalam Ketua Polis Negara berkata bahawa ahli-ahli politik pembangkang yang menekannya dalam siasatan kes video seks luar tabii berkaitan Menteri Ekonomi Azmin Ali.

Dia juga kata kes ini membuang masa (tidak penting).

Saya musykil bagaimana Ketua Polis Negara boleh rasa tertekan dengan pembangkang.

Pembangkang tidak ada kuasa ke atas Ketua Polis Negara. Yang ada kuasa ke atas Ketua Polis Negara adalah Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Kebiasaannya, seseorang akan rasa tertekan apabila dia cuba menyembunyikan sesuatu atau terpaksa berbohong kerana kepentingan lain.

Orang Melayu kata, “Berani kerana benar, takut (tertekan) kerana salah.”

Dan saya juga musykil bagaimana dia boleh fikir yang kes ini buang masa atau tidak penting.

Apabila ada kes salah laku seks yang melibatkan seorang menteri kerajaan yang telah berkahwin tular, ia adalah satu isu moral dan undang-undang yang penting.

Sebab menteri itu dikenali ramai dan pemimpin yang menjadi contoh tauladan kepada rakyat.

Jika menteripun ada masalah moral salah laku seks dan curang kepada isterinya, serta penguatkuasa undang-undang dan polis pula ambil sambil lewa dengan siasatan dan mengatakan ia buang masa, lantas menteri itu terlepas begitu sahaja, mesej apa yang ingin sampaikan kepada rakyat dan anak-anak kita?

Dan sebagai seorang menteri, dia terdedah kepada peras ugut dan blackmail jika isu ini berterusan dan selagi ia tidak selesai.

Mungkin ada orang yang pegang bukti-bukti yang boleh digunakan ke atasnya.

Oleh itu, mahukah kita seorang menteri kerajaan yang boleh diperas ugut untuk melakukan apa-apa arahan si pemeras?

Apa akan jadi kepada rakyat jika menteri seperti ini diamanahkan untuk menjaga kebajikan kita?

Bolehkah kita percaya menteri seperti ini?

Dahulu saya pernah buat saranan terbuka di media supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM (Shukri Abdul) meletak jawatan kerana dia tidak telus dan tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Setahun selepas itu, Shukri telah meletak jawatan.

Kini saya ingin sarankan, jika Ketua Polis Negara tidak cekap menjalankan tugas, mengambil sambil lewa kes penting, tidak boleh menunjukkan profesionalisme dan ketelusan dalam kerjanya, atau dilihat menjadi alat politik pihak-pihak tertentu sehingga rakyat telah hilang kepercayaan kepada pihak polis, dia perlu meletakkan jawatan.

Sebab jika rakyat sudak tidak percaya kepada polis, ia adalah sesuatu yang bahaya kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Rakyat perlukan Ketua Polis Negara yang telus dan neutral, bukan yang boleh dijadikan alat politik.

Jika kita diberi amanah, maka laksanakanlah amanah tersebut dengan sejujurnya.

Jika tidak, kita bukan hanya perlu menjawab kepada pembangkang di dunia, tetapi juga kepada Allah SWT di akhirat kelak.

Takutlah kepada Allah SWT, bukan kepada manusia.

Allah itu adalah sebaik-baik pelindung.

Isham Jalil

21 Julai 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/499579230797606?s=1180765013&sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts