HALA TUJU PUTRA MENGGALAS PERJUANGAN ‘ALIF BAA TAA’ DAN BUKAN MENJADI ‘BARUA DAP’

449
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

21 Julai 2019 | 18 Zulkaedah 1440H

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Penaja Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

1. Menjawab kenyataan aktivis parti Amanah, saudara Leman Raja Lawak, yang “bakar tak masak” bahawa PUTRA tiada hala tuju dan tiada tarikan yang mampu menarik minat anak muda adalah satu kenyataan dangkal.

2. PUTRA lahir atas ledakan kegawatan politik tanah air dan bukan serpihan seperti tertubuhnya PAN yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam PAS. Ia tercetus dari jati diri pimpinan utama PERKASA iaitu sebuah NGO yang berjuang demi Islam, Melayu dan Raja.

Apabila Islam, Melayu dan Raja dihina di manakah PAN? Memalukan. PUTRA yang baru lahir terus lantang, tidak segan silu dan tegas mempertahankan kesucian Islam dan maruah bangsa. Ini sahaja sudah cukup jelas menampakkan hala tuju PUTRA berbanding hala tuju PAN hanya sekadar menjadi ‘barua DAP’.

Tidak benar tuduhan 90 peratus kepimpinan PUTRA kini merupakan orang-orang baru yang tidak mempunyai nama dalam politik Malaysia.

Jika diteliti, 50 peratus kepimpinan PUTRA adalah terdiri daripada tokoh berpengalaman dalam politik dan 50 peratus golongan profesional dalam pelbagai bidang yang memiliki ijazah sebenar dan tulen, tidak menipu dan juga tidak dibeli.

Namun setiap daripada mereka bermaruah, berintegriti dan bersih sebagai pemimpin seperti yang dituntut dalam syariat Islam.

Juga tada yang bersemburit, peliwat atau gatal mengajak wanita ‘bermutaah’ apabila terjumpa yang cantik.

3. Walaupun PUTRA adalah sebuah parti baru dalam arena politik tetapi pucuk pimpinannya adalah gandingan tokoh berpengalaman yag telah teruji keikhlasan dan ketegasan mereka serta mantap ilmunya.

Apa yang penting, mereka tidak menjadi ‘barua’ kepada musuh politik umat Melayu lslam. Aktivis PAN ini terlebih dahulu patut mengingatkan kepimpinannya agar fokus hala tuju mereka dan agar tidak kelihatan PAN menjadi ‘barua DAP’ yang berselindung di sebalik perjuangan sosialis Islam.

Satu ketika dahulu, Presiden PAN memaki hamun DAP dan Lim Kit Siang, tetapi kini tanpa segan silu mengekor mereka sehingga ‘mencium buntut’ DAP. Inilah hala tuju PAN, menjadi alat DAP untuk ‘memijak kepala’ orang Melayu.

Setiap isu yang mencabar kedaulatan agama Islam seperti penghinaan terhadap YDP Agong selaku Ketua Agama Islam, penghinaan terhadap masjid dan program berkaitan agama Islam termasuk imam masjid yang dibuang gara-gara mengizinkan penceramah bebas dari parti pembangkang memberi tazkirah di masjid di Kedah, tidak diberi pembelaan dan dipertahankan.

Adakah ini contoh parti yang baik dalam memperjuangkan Islam? Tepuk dada, tanya selera.

4. Selaku Ketua Penaja Pergerakan Wira PUTRA Malaysia saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan saudara Leman. PUTRA tiada masalah untuk mana-mana kumpulan atau individu seperti beliau yang ingin menumpang kasih dan populariti PUTRA yang kini mula diterima oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera termasuklah golongan muda di seluruh negara.

PUTRA bukanlah parti yang gopoh berbanding parti baharu lain yang ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2013. Kekalutan mereka untuk terjun bermain dalam kolam politik membuat mereka semakin hari semakin lemah.

Tidak dipercayai dan dipandang oleh rakyat apatah lagi anak muda yang sudah kenal pasti mereka selama ini dikhianati dengan hidangan fitnah sehingga terpengaruh menyertai parti-parti kerajaan hari ini.

5. Dalam tempoh 74 hari selepas PUTRA diluluskan pendaftarannya, PUTRA lebih dekat dalam membawa isu rakyat berbanding parti-parti dominan mahupun parti-parti komponen di dalam kerajaan.

Sebagai aktivis Pakatan Harapan, adalah lebih baik saudara Leman mengingatkan perihal janji kepada anak muda untuk menangguhkan bayaran PTPTN dan meningkatkan gaji minimum untuk diselesaikan.

Selesaikan janji dahulu dan fokus kepada pembangunan negara. Anda semua sudah membentuk kerajaan, jangan sibuk hendak bermain politik keanak-anakan dengan propaganda melampau.

Rakyat semakin hari semakin susah, bekerja siang malam tetapi masih tidak mampu menampung kehidupan. Mereka ini perlukan pembelaan dan bantuan, jangan buat bodoh sahaja dengan rakyat ini dan bertindaklah dengan lebih progresif.

Jangan terus jadi “lembu yang dicucuk hidung” oleh DAP jika benar anda ada prinsip dan hala tuju yang berteraskan perjuangan Islam.

6. PUTRA tetap prinsip dan hala tuju memperjuangkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera tanpa kompromi, tegas dan jitu.

Semoga semua umat Melayu Islam kekal beristiqamah bersama PUTRA bagi memperkasakan kembali ekonomi, pendidikan dan kuasa politik orang Melayu demi agama, bangsa dan tanah air.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts