ZAHID PRESIDEN, TOK MAT TIMBALAN

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Sehingga jam 12 malam tadi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendapat 78 undi mengatasi dua pesaingnya iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (53 undi) dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (28 undi) untuk muncul sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang diadakan semalam.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan atau mesra disapa sebagai Tok Mat dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO apabila memperoleh 110 undi, mengatasi Tan Sri Annuar Musa yang menerima 47 undi, 

Manakala bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat 146 undi manakala anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid mendapat 99 undi, secara rasmi diangkat menjadi Naib Presiden UMNO. Naib Presiden yang ketiga masih belum dapat dipastikan ketika ini (sehingga jam 1.00 pagi).

Kesemua mereka dilantik untuk penggal 2018-2021 dalam sesi pemilihan sejak pagi semalam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts