PROVOKASI POLITIK YANG MEMBABITKAN TUANKU SULTAN SELANGOR ADALAH PERBUATAN TERKUTUK

869
SHARES
3.9k
VIEWS

Terbaru dalam sosial media terdapat tularan secara meluas suatu kenyataan biadab pada status Facebook seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang jelas pada paparannya itu terang-terangan menghina Tuanku Sultan Selangor apabila pada poster itu memperlekeh titah perintah Tuanku Sultan Selangor yang melarang dwi bahasa pada papan tanda jalan melainkan hanya dalam bahasa Melayu, selainnya tidak dibenarkan.

2. Titah perintah Tuanku Sultan adalah selaras dengan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 152 (1) yang menyebut:

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen.

Dan tidak ada tercatat dalam Perlembagaan adanya bahasa kedua atau bahasa ketiga sebagai bahasa yang harus dikongsikan bersama dalam mana-mana atau setiap papan tanda atau papan kenyataan.

3. Dan perbuatan biadab menghina Tuanku Sultan Selangor itu tertera dalam bahasa Cina, di sini diterjemahkan maksudnya:

“Tanda jalan dwi bahasa sesungguhnya telah menarik perhatian ketidakpuasan hati sekurang-kurangnya oleh seorang Melayu (beliau maksudkan Sultan Selangor).

Orang Melayu inilah yang mengarahkan kerajaan untuk menurunkan tanda jalan dwi bahasa ini. Jika mana-mana orang Cina yang tidak berpuashati, sila bertentang muka dengan orang Melayu ini bagi menunjukkan bantahan. Orang Cina marahkan kerajaan tak ada maknanya, kerana orang Melayu ini tidak tahu yang anda tidak berpuas hati.”

4. Kenyataan pada status ini terang-terangan menunjukkan hasrat hati untuk mengapi-apikan kaum Cina supaya membenci dan menghina Tuanku Sultan Selangor kerana tidak membenarkan papan tanda jalan yang tertera dwi bahasa. 

Perbuatan melampau ini boleh dikenakan di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Hasutan, menjadikan satu kesalahan kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan kebencian di antara kaum atau agama.

5. Status melampau itu juga boleh dikenakan bawah peruntukan undang-undang iaitu: Kecenderungan Menghasut

3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan –

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

Juga dalam Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidak tenteraman awam.

6. Justeru, MUAFAKAT menuntut pihak terbabit yang berkenaan, jika benar status yang seperti dilampirkan adalah di bawah pengetahuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat maka beliau perlu dengan segera menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf atas kebiadapannya yang melampau dan bertanggungjawab dengan sikap kurang ajarnya itu.

7. Dan jika Timbalan Speaker tersebut tidak terbabit sekalipun, beliau harus dengan segera menafikannya dan membuat laporan polis bagi menafikannya dan mengarahkan pihak berwajib khususnya PDRM supaya mengambil tindakan pantas mencari, menangkap dan mengadapkan si pengadu domba yang kurang ajar ini ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

8. Sementelah itu pula perbuatan gopoh beliau menuding jari kepada seseorang itu amatlah dikesali dan tidak sepatutnya berlaku, jelas ia tidak bermoral dan amat tidak berwibawa tambah lagi kedudukan beliau sebagai seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya tenang, dan bijaksana dalam bertindak.

Sepatutnya selepas beliau membuat kenyataan media, ia hendaklah disusuli dengan laporan polis bukannya terus membuat persepsi dengan menuduh sembarangan orang.

9. MUAFAKAT dengan tegas menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sikap kurang ajar pihak tertentu terhadap baginda Tuanku Sultan yang jika benar berlaku seperti yang ditular di media sosial, sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat beliau sepatutnya lebih arif dalam perkara Rukun Negara kedua iaitu; Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

MUAFAKAT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan guaman jika perkara ini sahih yang melibatkan  Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam perbuatan provokasi menghina Baginda Tuanku Sultan Selangor.

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts