MUJUR BUKAN BANGSA DAP JADI MENTERI KDN

570
SHARES
2.7k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

11 Oktober 2019

Tidak sama bangsa Cina dengan “Bangsa DAP”. Bangsa DAP adalah spesis Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang. Seperangai dengan YB Rayer Jelutong, YB Paul Yong (suspek perogol/ADUN Tronoh), YB P Ramasamy (Profesor samseng/penyokong LTTE) dan YB Dato Norhizam Hassan Baktee (Aku YB atau engkau YB).

Kalau Bangsa DAP ini yang jadi Menteri Dalam Negeri, punah tanah keadilan dan rule of law di Malaysia.

Habis orang lain dianggap penjenayah, Bangsa DAP dianggap suci bersih walaupun sebenarnya perogol, perasuah, perompak, penggadai aset  negara dan pengganas.

Lim Guan Eng mendakwa tidak ada lagi pemimpin DAP yang akan ditangkap. Dia mendakwa dua ADUN yang ditangkap itu tidak bersalah. Bagaimana Guan Eng boleh mendahului kerja polis. Adakah Guan Eng cuba menganggu kerja PDRM? 

Sepatutnya sebagai anggota kerajaan, Guan Eng mengatakan;

DAP menyerahkan kepada kebijaksanaan polis dalam membuat siasatan dan biar undang-undang memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak.

Malangnya pemimpin Bangsa DAP masih lagi dengan perangai lama semasa menjadi pembangkang dahulu.

Amat memalukan apabila 16 pemimpin keturunan India daripada DAP dan PKR menuntut dua ADUN DAP itu dibebaskan segera. Mereka juga adalah spesis Bangsa DAP.

Pemimpin Bangsa DAP ini melihat penahanan dan siasatan sebagai isu kaum. Mereka tidak pedulipun seorang wanita Melayu yang ditahan semata-mata kerana memiliki buku yang dikaitkan dengan kumpulan “Daesh”.

Mereka menyamakan LTTE sama seperti perjuangan rakyat Palestin dan nasib manoriti Rohingya di Myanmar.

LTTE adalah pertubuhan bawah tanah dan pengganas yang berjuang tidak menggunakan saluran undang-undang sama seperti PKM dahulu.

Kita boleh bersimpati dengan rakyat keturunan India di selatan Seri Lanka jika mereka terpinggir, didiskriminasi dan dibunuh oleh kerajaan Sri Lanka.

Tetapi kita tidak boleh menyokong LTTE kerana ia adalah pertubuhan haram yang mengangkat senjata.

Samalah kita bersimpati dengan masyarakat India beragama Islam di Jammu Kashmir yang dizalimi oleh kerajaan India. Tetapi Malaysia tidak akan menyokong perjuangan bersenjata bawah tanah.

Begitu juga di Myanmar. Kita menyelar dasar “Ethnic cleansing” kerajaannya. Umat Islam dibunuh, rumah dibakar dan dihalau ke Bangladesh. Walhal mereka mahu hidup di negara berkenaan sebagai warga negara yang sah.

Untuk membandingkannya dengan perjuangan rakyat Palestin lagi tidak tepat umpama langit dengan bumi.

Rakyat Palestin adalah mangsa keganasan Israel dan barat. Tanah mereka dirampas secara haram dan mereka merempat di negara sendiri.

Pihak Berkuasa Palestin di Gaza dan Tebing Barat adalah kerajaan yang sah. Mereka ada Parlimen, ada Presiden ada Perdana Menteri dan ada pilihan raya.

Kumpulan HAMAS juga menyertai pilihan raya. Dan mereka pernah menang sebelum dijatuhkan secara haram atas tajaan Amerika.

Rakyat Palestin melawan menggunakan senjata kerana pengganas Israel memceroboh wilayah mereka, mengebom sesuka hati dan membina penempatan haram.

Justeru jika Kerajaan PH tunduk kepada tekanan Bangsa DAP ini, terbuktilah kerajaan hari ini adalah puppet Bangsa DAP.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts