BUKU KOMIK PROPAGANDA DAP KE SEKOLAH KPM – KENYATAAN MEDIA UMMAH

508
SHARES
2.6k
VIEWS

Buku komik Jalur Inisiatif dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia tajaan DAP di Pulau Pinang, oleh kurakator Hew Kuan Yaw, ahli strategis DAP memberi beberapa naratif seperti di bawah:

1. Cuba menimbulkan keraguan dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu, hak orang Melayu, malah menggambarkan bangsa lain juga mempuyai hak yang sama.

2. Menggambarkan sifat orang Melayu yang ‘bodoh’ dan ‘pengecut’ dalam proses memerdekakan Tanah Melayu.

3. Menggambarkan perjuangan Ko Min Tang, Bintang Tiga dan komunis juga turut terlibat sama dalam proses perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.

4. Cuba memasukkan perjuangan ideologi politik DAP ke sekolah secara jelas dalam buku tersebut.

5. Pengedaran buku komik ini juga telah dinafikan mendapat semakan dan pengesahan daripada KDN untuk diterbit dan diedarkan.

6. Menggunakan instrumen kerajaan dan Pejabat Perdana Menteri serta kedudukan PM bagi memberi gambaran dan pengesahan kepada kebenaran kandungan komik ini daripada surat edaran kepada sekolah KPM.

Haji Aminuddin bin Yahaya

Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts