PEGUAM CABAR KEPERLEMBAGAAN SEKOLAH VERNAKULAR

432
SHARES
2.5k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Sebentar tadi, saya telah memfailkan satu Notis Usul ke Mahkamah Persekutuan atas nama peribadi saya terhadap Kerajaan Malaysia mencabar penubuhan sekolah-sekolah vernakular sebagai tidak beperlembagaan.

2. Notis Usul berkenaan difailkan di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan melibatkan isu keperlembagaan Akta Pendidikan 1996 untuk di adili oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

3. Melalui Notis Usul berkenaan, saya memohon Deklarasi bahawa Parlimen tiada kuasa menggubal seksyen 17 dan seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang menubuhkan Sekolah Vernakular kerana ia adalah bertentangan dengan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan.

4. Menurut Perkara 152(1)(a) Perlembagaan dan menurut kes Mahkamah Persekutuan Pada tahun 1986 iaitu kes Universiti Merdeka, sebuah badan awam seperti Sekolah yang ditubuhkan Kerajaan adalah wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

5. Saya tidak menafikan hak Perlembagaan kaum minoriti untuk belajar dan mengajar bahasa ibunda kaum mereka.

6. Yang saya persoalkan adalah sebagai agensi kerajaan, sekolah vernakular tidak boleh menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan.

7. Sekiranya mahkamah membenarkan permohonan saya dan mengisytiharkan sekolah vernakular sebagai tidak berpelembagaan, maka saya memohon agar semua sekolah vernakular sedia ada ditukar nama kepada sekolah kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, tidak lagi bahasa ibunda masing-masing.

8. Keputusan mahkamah ini juga akan menyekat sebarang saluran bajet 2020 ke atas sekolah vernakular dan semua wang dari perbendaharaan yang pernah disalurkan ke sekolah vernakular hendaklah dikembalikan kepada kerajaan.

9. Saya mengambil tindakan ini atas dasar menegakkan keluhuran Perlembagaan dan kes ini tidak perlu dimainkan dalam neraca perkauman, sebaliknya ini adalah semata-mata isu undang-undang dan Perlembagaan.

10. Saya berharap agar dengan keputusan kes ini nanti, kita akan mendapat kepastian sama ada sekolah vernakular adalah sekolah sah atau sekolah haram di sisi Perlembagaan.

Sekian.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

0129770412

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts