CABARAN TERHADAP KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR BELUM BERAKHIR

303
SHARES
973
VIEWS

1. Kesemua Akhbar Cina meraikan kejayaan palsu “kemenangan” mereka di Mahkamah Persekutuan semalam berkaitan isu Sekolah Vernakular.

2. Tidak mengapalah, ini semua propaganda perkauman. Mereka ada media cetak. Saya ada media Facebook dan Whatsapp yang jauh lebih berpengaruh.

3. Cabaran terhadap keabsahan Sekolah Vernakular ini masih belum berakhir.

4. Yang berakhir semalam di Mahkamah Persekutuan sahaja apabila Mahkamah enggan membicarakan kes ini mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan.

5. Yang belum difailkan adalah cabaran di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan di MAHKAMAH TINGGI MALAYA.

6. Isu merit permohonan juga belum dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Jadi kes ini belum berakhir. Ia baru bermula.

8. Jadi tidak ada isu siapa menang siapa kalah lagi semalam.

9. Kalau anda mahu beri harapan palsu kepada pembaca anda untuk meraikan kejayaan palsu semalam, itu adalah urusan anda. 

10. Urusan saya adalah saya sedang siapkan dokumen saman untuk difailkan di Mahkamah Tinggi pula.

Sekian terima kasih

#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

0129770412

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts