KERAJAAN SEPATUTNYA BANTU SEKOLAH YANG DIIKTIRAF, BUKAN SEKOLAH SWASTA CINA

376
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tindakan kerajaan hari ini bagi duit kepada sekolah swasta cina adalah kegagalan pertama yang mereka buat. Mengarut dan kurang akal.

Dari awal lagi kita sebut bahawa fokus kerajaan sepatutnya adalah membantu sekolah-sekolah yang diiktiraf dalam Perlembagaan. Sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan. Yang membazir duit kami untuk sedekah kepada sekolah swasta ini apa manfaatnya?

Sejak bila sekolah-sekolah swasta Cina ini membantu kerajaan dalam memupuk keharmonian kaum?

Hendak melawan Dong Zong ini perlu keberanian besar daripada pihak kerajaan.

Contohnya apabila kerajaan keluarkan Penyata Rahman Talib 1960 bagi membetulkan Penyata Razak yang dibuat dahulu dalam keadaan tergesa-gesa, Dong Zong adalah NGO yang paling terkehadapan membantah.

Kemarahan Dong Zong memuncak apabila kerajaan berjaya memujuk 53 buah sekolah menengah persendirian Cina untuk bertukar status kepada SMJK (C).

Pengetua dan Pengerusi Chung Ling High School iaitu sekolah swasta Cina pertama yang bersetuju berada di bawah pentadbiran kerajaan digelar pengkhianat bangsa oleh Dong Zong dan sekutu mereka.

Lantaran kecaman berterusan yang merenggangkan hubungan antara kaum, kerajaan memutuskan untuk melucutkan kewarganegaraan Lim Lian Geok, Pengerusi Dong Zong pada Ogos 1961.

Dalam masa yang sama, Penasihat Dong Zong, Yan Yuan Zhang yang menetap di Singapura pula diharamkan daripada memasuki negara ini secara kekal.

Ketegasan kerajaan pada ketika itu menyebabkan tidak ada seorangpun pemimpin senior Dong Zong berani untuk menawarkan diri sebagai Pengerusi dan Penasihat baru NGO tersebut.

Akhirnya seorang editor majalah bernama Huang Yun Yue dilantik secara mengejut walaupun beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan kanan dalam NGO itu sebelum ini.

Pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan. Perpaduan juga adalah tanggungjawab kerajaan.

Berhentilah berlembut tidak bertempat. Awak semua ingat RM15 juta tu boleh beli undi mereka ke?

(Keterangan: Gambar kanan: Dr Abdul Rahman Talib, gambar kiri: Lim Lian Geok) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts