KERAJAAN NEGERI MELAKA TUMBANG

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan negeri Melaka akhirnya tumbang apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu dua daripada Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Perikatan Nasional (PN) serta Bebas telah mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam. 

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Datuk Seri Idris Haron bersama Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Menurut Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka pada sidang media khasnya, beliau mendakwa penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan keempat-empat ADUN terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang ‘flip-flop‘ serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

ADUN Sungai Udang itu juga dipetik berkata, setakat ini mereka bersama 11 ADUN Pakatan Harapan sememangnya tidak percaya dan tidak menyokong kepimpinan kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman hilang majoriti sokongan.

Apabila keadaan mengizinkan, Pilihan Raya Negeri (PRK) Melaka dijangka akan diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri tersebut ketika ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts