DAIM, JHO LOW ANTARA TERSENARAI DALAM “PANDORA PAPERS”

101
SHARES
1.1k
VIEWS
Beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas menerusi pendedahan yang dibuat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ).
Perkara ini didedahkan melalui 12 juta fail yang dimiliki oleh 14 buah firma di serata dunia yang dibuat pada Ahad lepas melibatkan 600 wartawan daripada 150 organisasi media di 117 negara seluruh dunia dan digelar sebagai “Pandora Papers“.
ICIJ dalam penafiannya menjelaskan, wujud penggunaan sah untuk akaun luar pesisir dan tidak semua individu yang terlibat adalah korup dan bertindak untuk lari cukai. Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula menjelaskan penglibatan beliau dan keluarganya dalam akaun luar pesisir tersebut adalah sebagai “perancangan harta pusaka” dan semua transaksi tersebut disifatkannya sebagai sah.

Beliau juga berkata sentiasa membayar cukai bagi semua pelaburan dan hartanah serta menjadi ahli perniagaan yang “berjaya dan kaya” atas usahanya sendiri serta sudah terlibat dalam perniagaan sejak 1960-an.

Daim juga menyifatkan bahawa “sedikit pengiktirafan perlu diberikan kepada seorang warga Malaysia yang berjaya membawa nama negara dalam perniagaan di sini dan seluruh dunia.” 

Rujuk berita tersebut di pautan;

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/kertas-pandora-bekas-menteri-kewangan-malaysia-berkata-semua/4662580.html

Selain Daim, isteri dan anak-anaknya, turut tersenarai ialah Raja Jordan iaitu Raja Abdullah, Presiden Rusia Vladimir Putin, Jho Low serta beberapa pemimpin negara seperti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul.

Related Posts

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.