DARI “KING MAKER”, KINI “BALACI BAKER”

396
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Kecoh seketika politik Melaka semalam. Ini gara-gara ada khabar mengatakan beberapa orang wakil rakyat kerajaan bakal melompat atau keluar dari kerajaan negeri Melaka.

Ini tentunya mengakibatkan kerajaan negeri pinpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tumbang sebelum PRU-15.

2. Personaliti yang menjadi tumpuan menggerakkan langkah ini bukan rahsia lagi. ‘Beliau’ menjadi tumpuan media kebelakangan ini dan tidak segan-segan mengaku menjadi “King Maker” politik Melaka. ‘Partner‘ kepada King Maker juga tidak menjadi rahsia lagi.

3. Apabila berita mula tular semalam, beberapa pemimpin yang dimaksudkan telah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam gerakan tersebut. Antara yang awal menafikan ialah Rafiq dari BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Sulaiman sebagai Ketua Menteri sehingga PRU-15.

4. DAP pula mengeluarkan kenyataan tidak mahu bekerjasama dengan Idris “The King Maker” Haron yang dikaitkan mahu ‘melompat’ keluar dari UMNO.

Idris konon mahu memimpin kerajaan perpaduan Melaka yang melibatkan semua parti politik yang ada kerusi di DUN Melaka.

5. Amat jelas ‘King Maker‘ Melaka ni sudah kena kencing dengan ‘partner‘ beliau iaitu Rafiq yang sama-sama mahu menjatuhkan kerajaan sekarang.

Mungkin masa menyusun gerakan, King Maker diumpan dengan pelbagai janji manis. Apabila rancangan tidak menjadi, King Maker dikencingkan oleh Rafiq dan sekutu mereka.

6. Bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai King Maker boleh bertindak sebodoh ini mahu keluar dan mengkhianati parti yang menaikkan beliau. Sanggup pula bekerjasama dengan musuh ketat beliau (Rafiq) suatu masa dahulu.

Memang tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik, tetapi agak-agaklah apabila mahu memilih kawan atau sekutu.

7. Kini King Maker ditinggalkan berseorangan. King Maker terkangkang dikencing akibat perbuatannya. Beliau kini dicurigai oleh rakan parti sendiri dengan pengkhianatan yang mahu dicubanya.

Kawan beliau dari gabungan pula sedang mencuci tangan, membiarkan tangan King Maker bergelumang dengan tahi sendirian. Parti lawan pula menganggap King Maker tiada prinsip dan hanya seorang pelacur politik yang boleh diperdagangkan.

Manakala rakyat menilai King Maker adalah seorang yang mengutamakan agenda peribadi. Tidak berjiwa besar serta sanggup menggadaikan prinsip demi jawatan.

8. King Maker telah menurunkan taraf beliau kepada “Balaci Baker”. Taraf beliau sekarang hanyalah seorang budak suruhan kepada seorang bekas musuh ketat beliau (Rafiq) yang punya agenda konon mahu membalas dendam dengan apa yang berlaku di pusat.

Rafiq hanya mahukan ‘mileage‘ untuk ditunjukkan kepada Presiden BERSATU dirinya boleh mengawal Idris dan situasi di Melaka. Rafiq tidak pedulipun hal-hal lain.

9. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Pokok juga boleh bergoyang jika ada beruk yang menggoyangkannya. Mungkin buah takkan jatuh, tetapi akan ada sedikit ranting yang akan gugur. Tetap ada kesannya.

Apapun penafian atau alasan yang bakal diberikan Idris nanti, nilaikanlah sendiri perilaku Idris “The Balaci Baker” ini….

Tart Baker

Sg. Udang, Melaka

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts