JUAL ASET KHAZANAH: BN TINGGALKAN NASI TAMBAH, PH TINGGALKAN KUAH

410
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

28 November 2019

Terbaru, media antarabangsa Reuters mendedahkan kerajaan PH telah menjual aset Khazanah secara senyap-senyap dalam 7 syarikat asing

Ia melibatkan saham Khazanah bernilai RM5.6 bilion dalam syarikat gergasi China Alibaba, BDO Unibank Inc. di Filipina, syarikat teknologi India Infosys Ltd, peruncit fesyen di London, Farfetch dan syarikat perternakan ayam daging, PT Charoen Pokphand Indonesia Tbk.

Kalau Kerajaan BN meninggalkan banyak nasi tambah, Kerajaan PH pula menjualnya sampai tinggal kuah.

Apakah zaman Najib tidak ada penjualan aset? Memang ada. 84 aset dijual dalam tempoh 10 tahun. Tetapi penjualan aset itu untuk menambah pelaburan baru.

Sebaliknya di zaman PH, aset yang boleh menguntungkan dan menambahkan hasil telah dijual.

PH jual aset kerana kerajaan tidak ada tunai. Tidak ada pelaburan baru dibuat.

Di zaman Najib, nilai aset bersih Khazanah (selepas ditolak hutang) naik hampir tiga setengah kali ganda. Iaitu dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion. Bersamaan dengan kadar pulangan 15 peratus setahun.

Tetapi di bawah regim PH, nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion iaitu dari RM116 bilion menjadi RM91 bilion.

Dengan kata lain, nilai 80 aset yang dijual dalam tempoh 9 tahun 4 bulan (zaman Najib) ialah RM45.3 bilion. Bermakna purata nilai jualan setiap tahun ialah RM5 bilion

Tetapi Guan Eng pula dalam masa “setahun” menjual aset Khazanah yang nilainya ialah RM25.6 bilion. Mana lebih teruk?

Seperti pendedahan Najib, penjualan itu belum melibatkan aset-aset yang dijual oleh anak syarikat Khazanah seperti UEM dan Axiata.

Ia juga tidak termasuk penjualan aset oleh syarikat berkaitan GLC seperti Tabung Haji, FGV, PNB dan lain-lain.

Guan Eng tahu kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal. Sebab itu jual aset sampai licin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts