MUNGKIN AHLI PARLIMEN PH MENGALAMI ‘COLD DIURESIS’ ATAU KERAP KENCING KERANA HIPOTERMIA – DR. NOVANDRI

424
SHARES
2.5k
VIEWS

Serius! This time saya akan cuba tidak layan bola tanggung dek kenyataan kabinet PH ini. Akan berasional dan bersangka baik.

“Bukan mudah untuk duduk lama-lama sebab kadang-kadang sejuk dalam Dewan Rakyat”.

Ok.

Mungkin salah satu sebabnya ialah ‘cold diuresis’. Cold diuresis ini maksudnya kencing kerap disebabkan hipotermia atau suhu yang sejuk. Bila sejuk, ada respons fisiologi badan seperti vasoconstriction, tekanan darah, ADH dan kencing lebih kerap. Anda boleh ‘google.search’ jika mahu tahu lebih terperinci.

Maksud mudah, kerap kencing.

Mungkin ahli kabinet PH itu segan nak jelaskan dengan terperinci. Tapi jika benar, beliau memang patut tidak berterus terang.

Lagi-lagi sekarang ini bila rakyat label kerajaan PH ‘kencing sampai rakyat basah lencun’.

Rakyat bangkit marah dengan janji-janji palsu PH, kerosakan ekonomi, pasaran saham teruk, ringgit jatuh, hutang bertambah dan aset-aset negara dijual sesuka hati.

Rakyat semakin menderita, tiada lagi bantuan rakyat, harga petrol dan air akan naik, begitu juga barang keperluan.

Tapi jika benar ‘cold diuresis‘, takkanlah Ahli-ahli Parlimen dan kabinet perlu beramai-ramai serentak ke tandas hingga kosong dewan. Seronok ke pergi beramai-ramai?

Dan kapasiti dewan itu sekitar 280 orang dan aircond-nya tentu untuk seramai itu. Dewan sudah tentu bertambah sejuk jika kurang orang di dalamnya. Aircond controller?

Seperkara lagi, kurangkanlah program, mesyuarat, lawatan dan curi tulang semasa sesi Parlimen. Takkanlah secara kebetulan semua Ahli Parlimen dan kabinet ada urusan rasmi.

Ketidakseriusan pihak Parlimen untuk mengambil kedatangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diperbaiki. Carilah sistem seperti kad kedatangan.

Saya yakin rakyat akan setuju jika pihak Parlimen paparkan kedatangan mereka di dalam web rasmi Parlimen.

KITA tidak mahu, satu hari nanti ada pelajar-pelajar muda bagi alasan, “Menteri dan Ahli Parlimenpun ponteng” bila mereka ponteng ke sekolah!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts