POLIS MENYIASAT ANASIR “DEEP STATE”

237
SHARES
643
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

Penolang Ketua Pengarah (CID) Polis Wilayah SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua orang sudah dipanggil untuk sisatan anasir “Deep State” dalam kerajaan.

Menuru kamus, Deep State, bermaksud, “a body of people, typically influential members of government agencies or the military, believed to be involved in the secret manipulation or control of the government policy”.

Maka adakah mereka yang dimaksudkan itu ialah pegawai tinggi kerajaan terutamanya KSU?

Baru baru ini timbul isu beberapa KSU ‘dipetisejukkan’ seperti KSU Kementerian Pertanian Datuk Sallehuddin Hassan. Beliau dituduh mensabotaj Menteri dalam isu pemberian tender yang membabitkan NAFAS.

Beberapa KSU lain juga jadi mangsa tuduhan seperti KSU KBS dan KSU KPM.

Sebelum itu Lim Guan Eng semasa kempen di Tanjung Piai mengecam penjawat awam kerana tidak memberikan kerjasama kepada Kerajan PH.

Bahkan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad turut mendakwa apa yang berlaku di Kementerian Pertanian itu adalah sabotaj oleh penjawat awam.

Maka adakah tindakan KSU yang mengikut peraturan itu dianggap sebagai sabotaj dan “deep state”? 

Tidakkah dalam isu di Kementerian Pertanian itu, KSU bertindak mengikut polisi dan janji PH bahawa tidak akan ada lagi tender tertutup akan diamalkan.

Maka apabila Salahuddin Ayub sendiri menulis surat kepada PM untuk membatalkan keputusan tender terbuka itu bermakna Menteri dan PM sendiri yang mensabotaj kerajaan PH?

Ternyata siasatan anasir “deep state” adalah usaha untuk menakutkan-nakutkan penjawat awam. Mereka wajib ikut telunjuk Menteri untuk mengamalkan kroni dan nepotisme.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts