1. Perjanjian ini ditandatangani oleh kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu termasuk 4 Undang Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin bagi pihak Negara Tanah Melayu dan Sir Donald Charles MacGillivray bagi pihak Ratu England.
2. Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos 1957 di Carcosa Seri Negara.
3. Perjanjian Inilah yang mewujudkan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang digubal oleh Suruhanjaya Reid.
4. Dan Perlembagaan Persekutuan itulah kemudiannya mewujudkan Parlimen.
5. Dan Parlimen Itulah yang mewujudkan Perdana Menteri.
6. Perdana Menteri ini tarafnya di bawah Raja-Raja Melayu.
7. Tetapi selepas 62 tahun Merdeka, kelihatan seolah-olah Perdana Menteri itu ‘Ketua’ kepada semua pelusuk negara.
8. Ini silap dan boleh diperbetulkan semula oleh Raja-Raja Melayu berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini.
9. Tapi malangnya Raja-Raja Melayu kita tidak bersatu dan tiada keberanian untuk bertindak.
10. Ini adalah pemakaian prinsip undang-undang kontrak biasa.
11. Kontrak yang termeterai boleh dibatalkan dan pihak-pihak dikembalikan kepada keadaan asal sama seperti sebelum kontrak itu ditandatangani.
12. Status Quo masing-masing dikembalikan.
Berani atau tidak?
Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
(Beliau lebih dikenali sebagai Buzze Azam)