SUMPAH LAKNAT ATAS DASAR BERANI NAFI TUDUHAN – ISHAM JALIL

357
SHARES
882
VIEWS

Kelmarin Mufti Wilayah kata sumpah laknat tiada dalam perundangan Islam.

Namun hari ini Mufti Pahang berkata sumpah laknat ada dalam Islam dan tidak bercanggah dengan hukum Syarak, dan ia sesuai dilakukan jika tiada pilihan.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin berkata Najib berhak berbuat sumpah laknat bagi menafikan tuduhan serius yang dilemparkan terhadapnya.

Jelasnya, walaupun sumpah Najib tidak memberi kesan kepada mahkamah sivil atau mahkamah syariah, tetapi sekurang-kurangnya beliau (Najib) berani menafikan tuduhan tersebut atas nama Allah SWT.

“Sumpah dalam bentuk ini merupakan sumpah tazkiyyah (penyucian diri) atau tabri’ah (pelepasan) diri daripada fitnah atau tuduhan jahat sebagaimana yang dibuat oleh Saad ibn Abi Waqqas RA terhadap seorang lelaki yang memfitnah beliau.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts