ISU SUMPAH LAKNAT: LAIN PULA NADA MUFTI WILAYAH

264
SHARES
850
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

24 Disember 2019

Dalam kes video Azmin, Mufti Wilayah Dr Zulkifli menyatakan kegusarannya. Katanya, video itu menggugat umat Islam di Malaysia.

Dia lantas menulis empat artikel (Bayan Linnas) sebagai panduan antaranya “Peristiwa Al Ifki (fitnah terhadap A’ishah): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa”.

Azmin terasa Mufti Wilayah membelanya berdasarkan surat mufti bertarikh 14 Jun 2019. Azmin langsung tidak membuat laporan polis, saman atau bersumpah.

Sebaliknya dalam kes Najib, Dr Zulkifli mempersoalkan tindakan berani Najib bersumpah di masjid.

Menurut beliau mubahalah dalam kategori sumpah. Ia tidak perlu kalau kes masih berjalan di mahkamah. Soalnya kes pembunuhan Altantuya sudah dihakimi. Azilah bersalah dan dihukum gantung.

Najib telah meminta pegawainya membuat laporan polis tahun lepas apabila fitnah ini terus disensasikan.

Deepak, seorang ahli perniagaan, menuduh Altantuya mengandung anak Najib ketika dibunuh. Adakah Dr Zulkifli tidak gusar dengan fitnah dahsyat ini? 

Pandangan Mufti Pahang lebih bijaksana. Tidak salah Najib bersumpah sekiranya beliau tidak ada pilihan lain. Ia sesuai untuk pemimpin.

Tepat, Najib tidak ada pilihan lain. Dia diasak dengan puluhan tuduhan dan ada kes berjalan serentak.

Dalam keadaan rule of law tidak dihormati, dapatkan Najib bersumpah di mahkamah seperti yang dicadangkan oleh Dr Zulkifli? 

Najib sudah tentu berbesar hati dan berani bersumpah di mahkamah jika Dr Zulkifli boleh mengaturkannya.

Sebab itu, sumpah bukan isunya tapi fitnah Najib membunuh itu perbuatan yang patut dikutuk. 

Adakah Dr Zulkifli setuju dengan tindakan Azilah bersumpah melalui SD menuduh Najib mengarahkannya membunuh Altantuya?

Sebaliknya tidak setuju Najib menafikannya secara sumpah lisan?

Najib bekas Perdana Menteri. Beliau dilokap. Akaun disita. Aset yang dirampas mahu dilucuthak. Sebaliknya beliau tidak lari dan akur pada proses mahkamah.

Tetapi beliau “helpless” kerana dituduh pula membunuh atas kes yang sudah dihakimi.

Maka salahkah beliau bersumpah?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts