TOLAK PEMIMPIN SONGSANG, SELESAI KEMELUT PARTI SECARA BERHEMAH – DR. NOVANDRI

416
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Beginilah… Kita mesti tolak peliwat-peliwat. Ini sangat jelas. Macam mana formula, rundingan dan kaedah, jika akhir ceritanya ditemukan dengan peliwat-peliwat, kita mesti pastikan formula itu digagalkan.

Tidak masuk akal jika kita sama-sama tanggung dosa besarnya. Sumpah laknat dahulu dan nafikan aktiviti jijik dan dosa besar ini. Selepas itu, kita nilai lain.

Semasa pemilihan parti sebelum ini, kita perwakilan mesyuarat parti mengundi calon-calon untuk mentadbir parti dan menjadi ahli Majlis Tertinggi parti. Harapan besar kami ialah mereka akan pastikan parti ditadbir elok dan tidak berpecah-belah.

Lebih-lebih lagi bila sudah hilang kuasa, banyak wang dan jawatan akan diumpan untuk memancing ahli-ahli parti ini. Lagi tinggi dalam parti, lagi besar wang dan jawatannya. Apatah lagi Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh parti ini, tinggi nilainya.

Begitu juga mereka yang berpengaruh dalam parti dan di antara Ahli-ahli Parlimen. Mereka dan calon-calon yang dipilih ini mesti pastikan parti bersatu dan menjadi contoh yang baik kepada ahli-ahli parti.

Parti ada Perlembagaan dan ahli-ahlinya ada ‘do and don’t’ yang jelas mengatakan isu-isu parti mesti dibincang di dalam parti.

Sia-sia sahaja perwakilan parti mengundi orang-orang ini jika mereka gagal selesaikan isu secara rundingan dalam parti.

Jika tidak, rakyat akan melihat kepimpinan parti masih tidak insaf walaupun kalah dimalukan. Macam mana ahli mahu ikut Perlembagaan jika ada mereka yang berjawatan, langgar Perlembagaan parti macam itu sahaja.

Kita sebagai ahli parti juga berhak menuntut kepimpinan parti, ahli-ahli MT parti dan Ahli-ahli Parlimen supaya attack polisi zalim, fitnah dan pembohongan kerajaan PH secara berterusan.

Najib Razak patut dicontohi.

Terlalu banyak isu yang membuktikan betapa teruk, tidak layaknya kerajaan PH ini dan mesti disuarakan oleh pemimpin-pemimpin parti ini.

Malang, ramai juga yang playsafe takut tidak berani bersuara tapi dalam masa yang sama, mereka terlebih-lebih pertahankan musuh parti.

Takkanlah kita tidak nampak ‘game Atok’. 

Beliau umpan jawatan tinggi dan parti ‘PM kat tepi’ pecah menanti hancur. Atok umpan kuasa dan jawatan, kita terpaksa layan isu ‘pintu belakang’ dan ‘selak kain di khalayak ramai bukan dalam mesyuarat parti’ ini.

Dalam masa yang sama, puak DAP mesti dikeluarkan daripada kerajaan Persekutuan.

Mereka ini perosak keharmonian dan keamanan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts