WUJUD PROPAGANDA BURUKKAN PARTI PUTRA, RUJUKLAH 10 TUNTUTAN MEREKA TERLEBIH DAHULU

394
SHARES
2.3k
VIEWS

Sudah ada propaganda mengatakan PUTRA lahir untuk menyokong Pakatan Harapan.

Tidak sama sekali, PUTRA tidak lahir untuk Pakatan Harapan tetapi lahir untuk mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera serta hak yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Pihak yang skeptikal boleh membaca tuntutan parti PUTRA seperti yang tertera di bawah.

Menurut pandangan anda, adakah DAP atau Pakatan Harapan bersetuju dan gembira dengan tuntutan  PUTRA seperti di bawah?

Sila baca tuntutan PUTRA di bawah;

10 TUNTUTAN MELAYU PARTI PUTRA:

1. Jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan jawatan-jawatan utama persekutuan mestilah terdiri daripada orang Melayu.

2. Gubal Akta Menghina Islam dan Raja-raja Melayu (AMIR).

3. RUU355 menjadi sebahagian undang-udnang dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Satu Aliran Pendidikan Kebangsaan.

5. Meminda Akta Bahasa Kebangsaan bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan.

6. Tanah Rizab Melayu dikembalikan kepada status asal sebanyak 50 peratus.

7. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu bagi memastikan hak istimewa orang Melayu dipelihara dan dilaksanakan sepenuhnya.

8. Mempertahankan pengenalan identiti Bumiputera dan bukan Bumiputera terus dikekalkan bagi tujuan memudahkan pengagihan ‘kek ekonomi negara’ secara adil.

9. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja Kewarganegaraan bagi mengkaji semula mereka yang telah menerima kewarganegaraan Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini.

10. Mencadangkan agar SPRM menggunakan kaedah seperti ISA di mana yang disyaki dan tertuduh boleh ditahan selama 30 hari bagi tujuan penyiasatan tanpa memerlukan perintah mahkamah.

Sila rujuk pautan video di bawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=158875858852948&id=111662943574240

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts