ISU DONG ZONG BANTAH JAWI – PDRM DAN PENDAFTAR PERTUBUHAN WAJAR BERTEGAS

432
SHARES
2.5k
VIEWS

Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) menyokong penuh penegasan dan pendirian Mufti Perak Sahibus Samahah Dato Seri Harusani yang menuntut penentang Jawi didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Maka, MAPPIM menuntut pihak polis (PDRM) membuka kertas siasatan dan memanggil pihak Pertubuhan Dong Zong yang telah secara jelas membantah perlaksanaan Jawi di sekolah vernakular, sehingga tindakan mereka telah menggugat perpaduan kaum serta menimbulkan suasana anti nasioanal.

MAPPIM juga menuntut pihak pendaftar pertubuhan memanggil pemimpin Pertubuhan Dong Zong untuk memberi keterangan, kerana perbuatan mereka telah melakukan aktiviti yang menyanggah perlembagaan pertubuhan dibawah Sek 2, dan juga melanggar Akta Hasutan 1948 serta Perlembagaan Persekutuan.

Sekiranya terbukti perkara ini berlaku,tindakan tegas dan segera mesti dilaksanakan untuk mengharamkan Dong Zong kerana mereka membawa agenda rasisme, cauvinis dan komunis.

Mohd Zai Mustafa

Ketua Eksekutif MAPPIM

Timbalan Pengerusi Ummah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts