SYED SADDIQ: JANGAN LAYAN PH YANG GUNA KEDUDUKAN UNTUK DAPATKAN SESUATU

116
SHARES
374
VIEWS

Menteri Belia & Sukan termuda di Malaysia iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ingin dipanggil sebagai ‘Bro Saddiq’ sahaja, menggesa kakitangan kementerian itu agar tidak melayan mana-mana pihak yang menggunakan kedudukan dalam parti Pakatan Harapan untuk mendapatkan sesuatu daripada mereka.

“Jika ada pihak yang kata mereka dekat dengan saya dan (timbalannya) Steven Sim… Beritahu dari parti mana dan minta (sesuatu), kita tak akan terima… Dalam soal integriti dan amanah, kita tidak boleh berkompromi.”

Beliau juga berikrar untuk meneruskan dasar-dasar yang baik dan tidak akan terlalu fokus memburu kesalahan pentadbiran lalu.

“Kita akan teruskan apa yang bagus, apa yang perlu ditambah baik. Bekas menteri Khairy Jamaluddin telah meninggalkan legasi yang baik dan saya ada tugas besar untuk meneruskannya.”

Semangat dan sikap rasional seperti Syed Saddiq inilah yang wajar dicontohi oleh semua Menteri Pakatan Harapan serta kakitangan kerajaan yang lain di mana beliau mengambil pendekatan;

  • Rasional dan praktikal apabila meneruskan apa yang baik di kementerian
  • Menambah baik apa yang perlu
  • Merendah diri dengan memuji kebaikan yang ditinggalkan oleh Menteri sebelumnya
  • Memaklumkan mengenai tugas besar yang menanti, yang menunjukkan beliau tidak memandang ringan tanggungjawab selaku Menteri
  • Mesra dan melayani sama rata tidak kira siapa
  • Menunaikan amanah dan berintegriti, di mana tiada sesiapapun boleh menggunakan parti ataupun kenalan untuk mendapatkan sesuatu

Inilah Menteri contoh yang walaupun berusia muda namun sikapnya lebih matang. Walaupun baru sehari menjalankan tugas rasmi selaku Menteri namun penegasannya mengenai prinsip amanah, integriti, dan ketelusan ini menunjukkan kematangannya dalam mentadbir sebuah kementerian yang berteraskan anak muda dan dunia sukan.

Syabas, bro Saddiq! Selamat menjalankan tugas demi  memperkasa belia dan memajukan sukan negara.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts