NAJIB SAH DITANGKAP SPRM

494
SHARES
1.6k
VIEWS

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini pada jam 2.35 petang.

Tangkapan dibuat berhubung skandal SRC International Sdn Bhd dan akan didakwa esok di mahkamah.

Kecekapan dan kegigihan pihak SPRM wajar dipuji walaupun sebelum ini Syukri Abdull ditegur oleh Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB, Tan Sri Abu Talib Othman kerana membuat sidang media mengenai bagaimana beliau diancam bunuh ketika menyiasat skandal 1MDB namun beliau tidak membuat sebarang laporan polis sehingga kini.

Syukri ditegur kerana tindakan demikian boleh menimbulkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilaksanakan ketika ini sekiranya sesiapa terus mengeluarkan ke­nyataan terbuka berhubung kes itu.

Kita mengharapkan kecekapan dan kegigihan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik ini sekurang-kurangnya menyamai kecekapan dan kegigihan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini dalam menyiasat kes-kes rasuah berprofil tinggi dan bukannya hanya menumpukan kes yang berkaitan 1MDB semata-mata.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts