Menurut Presidennya, George Varughese;

  • Pasukan Petugas Khas 1MDB itu tidak mempunyai hak undang-undang untuk menahan Najib
  • Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis
  • Pasukan itu juga tidak berhak untuk memutuskan sama ada Najib akan dikenakan pertuduhan atau bila ia akan dilakukan

Justeru apa sebenarnya yang berlaku? Adakah campurtangan ghaib di belakang arahan tersebut? Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri menganggotai Pasukan Petugas Khas 1MDB sepatutnya lebih mengetahui bidang kuasa masing-masing.

Rakyat Malaysia ingin mengetahui kisah sebenar 1MDB kerana terlalu banyak persepsi dan spekulasi berbanding fakta ketika ini.

Timbul persoalan;

  • Adakah dendam menjadi motif utama?
  • Adakah pasukan petugas benar-benar bebas kerana kesemua mereka mempunyai motif membalas dendam apabila ditukarkan, diarahkan bercuti, memohon kontrak ditamatkan awal dan lain-lain intimidasi yang mereka dedahkan, yang membuatkan mereka akan bersikap berat sebelah dalam siasatan
  • Adakah penangkapan perlu sedangkan keesokan harinya akan didakwa di mahkamah?
  • Kenapa pasukan petugas mendahului Pejabat Peguam Negara?
  • Siapa yang memberi arahan penangkapan kerana pasukan petugas sepatutnya menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, namun membuat kenyataan telah menangkap Datuk Seri Najib dan akan mendakwa keesokan harinya
  • Adakah Pejabat Peguam Negara menerima arahan daripada pasukan petugas?
  • Adakah pasukan petugas mempunyai agenda peribadi untuk mensabitkan kesalahan kepada Datuk Seri Najib?

Dalam kegembiraan sesetengah pihak meraikan penangkapan dan pendakwaan Datuk Seri Najib, sewajarnya seluruh negara menangis apabila undang-undang dicabuli oleh mereka yang sepatutnya mendaulatkan undang-undang.

Undang-undang tidak boleh disalahgunakan walaupun ke atas seorang pesalah.

Adakah Malaysia akan kembali ke zaman undang-undang dikuasai pemerintah untuk memenjarakan seteru politik mereka?