UMMAH YAKIN PELANTIKAN TUN MAHATHIR PACU PENDIDIKAN NEGARA

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Kenyataan akhbar Jabatan Perdana Menteri pada 10 Januari 2020, telah mengumumkan bahawa Jemaah Menteri pada 8 Januari telah bersetuju agar jawatan Menteri Pendidikan yang dilepaskan oleh Dr Maszlee Malik dipangku sementara oleh Tun Dr Mahathir.

UMMAH menerima baik keputusan ini kerana yakin sikap Tun Mahathir yang tegas, mempuyai cita-cita yang tinggi serta kuat bagi membangunkan bangsa dan negara.

Ketegasan beliau mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan sangat penting bagi memacu memperkasa dan reformasi peningkatan yang segera dalam bidang Sains dan Matematik yang telah jauh ketinggalan daripada negara lain.

Walau bagaimanapun UMMAH memperingatkan agar Tun mesti tegas dalam perkara seperti menolak sepenuhnya UEC, melestarikan pendidikan Islam yang holistik, menolak PPSMI, memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris MBMMBI.

Meningkatkan pencapaian dalam Sains, Matematik dan ICT STEM, serta mengembalikan semula geran bantuan per kapita sekolah agama rakyat SAR yang terhenti pada tahun 2003.

UMMAH yakin keazaman dan keupayaan Tun akan menjadikan sistem pendidikan terus dipacu seiring dengan kemajuan globalisasi industri dunia bagi melahirkan rakyat yang hebat untuk membangunkan negara agar terus cemerlang dan gemilang pada masa hadapan.

Mohd Zai Mustafa

Timbalan Pengerusi Ummah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts