WIRA PUTRA MENENTANG PENUTUPAN MARA CORPORATION

220
SHARES
673
VIEWS

KENYATAAN MEDIA EXCO PENAJA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

11 Januari 2020 | 15 Jamadilawwal 1441H

Oleh Ashraf Bin Rosli

Exco Penaja merangkap Ketua Biro Ekonomi

Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

1. Merujuk pada laman sesawang Free Malaysia Today (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/08/mara-rancang-tinggalkan-perniagaan-tumpu-pendidikan-dan-latihan/?utm_source=FCM&utm_medium=Push) mengenai MARA memberi keutamaan pada bidang pendidikan dan latihan adalah suatu perkara yang telah lama dilakukan selama ini.

2. Dari segi pendidikan, MARA telah lama mewujudkan pusat pendidikan seperti MRSM, UiTM dan pelbagai institusi pendidikan di bawah kelolaan MARA. Di samping itu dengan institut latihan bawah kelolaan MARA seperti Giat Mara telah banyak membantu membantu orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu.

3. Justeru, jika pihak kerajaan Pakatan Harapan ingin menutup bahagian perniagaan MARA, pihak kerajaan perlu memberi jaminan bahawa strategi untuk mewujudkan dana endowmen ini mestilah mantap dan mampan untuk dilaksanakan.

Jikalau dana ini hanya mengharapkan peruntukan dana dari pihak kerajaan, maka hentikanlah cita-cita untuk menutup bahagian perniagaan MARA kerana Wira Putra akan menentang penutupan bahagian dan pelaburan MARA. Ini menunjukkan kerajaan gagal untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

4. Sebagai Pengerusi MARA, Puan Hasnita sepatutnya memikirkan suatu strategi dan penyelesaian dinamik kepada segala pelaburan dan aktiviti berkaitan perniagaan untuk meningkatkan keuntungan aktiviti tersebut dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menutup aktiviti pelaburan MARA.

5. Dengan ini Wira Putra menegaskan bahawa pihak pengurusan MARA mestilah kritis dan kreatif untuk meningkatkan hasil keuntungan bagi aktiviti pelaburan dan perniagaan MARA. Secara tidak langsung ia akan dapat mengurangkan kebergantungan peruntukan dari pihak kerajaan untuk menampung dana bagi latihan dan pendidikan.

Dengan keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti pelaburan ini, pendidikan dan latihan dapat dimajukan dengan lebih mantap mengikut keperluan semasa.

Dengan ini orang-orang Melayu dapat meningkatkan taraf pendidikan dengan melahirkan ramai profesional dan juga dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka untuk memacu Malaysia ke arah negara maju.

Sekian. 

PUTRA PERKASA NEGARA

WIRA LAMBANG JATIDIRI PUTRA

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts