KADIR JASIN AKUI MANIFESTO PH DITULIS SECARA ‘CINCAI’

1.3k
SHARES
5.8k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

22 Januari 2020

Dalam blognya 19 Januari 2020, A. Kadir Jasin mendakwa, penulis manifesto PH yang pandai-pandai menjanjikan “penghapusan tol”.

Setelah hampir dua tahun baru nak mengaku? Ini namanya sudah terhantuk baru terngadah.

Maksudnya, ada orang secara suka suka hati tulis manifesto PH. Dengan kata lain manifesto PH bukan dibincang dengan serius, teliti dan jujur.

Baru kita tahu, manifesto PH dibuat secara ‘cincai’, sengaja nak menipu dan mempermainkan rakyat.

Patutlah tidak ada satupun janji 100 hari yang tertunai. Jangankan 20 bulan, rasanya sampai habis penggal pun tidak ada janji yang akan tertunai.

Tetapi kenapa Kadir salahkan si penulis itu. Tun M yang patut bersalah. Sebagai bekas PM 22 tahun beliau berpengalaman buat manifesto.

Beliau tahu mana yang realistik dan mana yang mengarut.

Kenapa diam? Sebagai PM kali kedua beliau tetap bersubahat.

Beliau tetap ada niat bersama untuk menipu. Lagipun Tun Mahathir pernah mengaku, ketika manifesto itu dibincang, PH tidak sangka akan menang dan memerintah.

Menurut Kadir, setelah hampir 20 bulan berbincang dan berbahas, diputuskan PLUS kekal milik kerajaan dan tidak dijual.

Kalau begitu keputusan Kerajaan BN membeli PLUS dari swasta pada tahun 2011 lebih awal tepat.

Kerajaan BN tidak pernah menaikkan kadar tol PLUS sejak 2005. Bahkan 11 tol plaza telah ditutup.

Kerajaan PH tidak jadi jual PLUS supaya senang paksa PLUS kurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus.

Tetapi bahananya, si pengguna yang sama akan membayar tol sehingga tahun 2058 yang sepatutnya tamat pada 2038.

Hakikatnya, jumlah tol yang dibayar sehingga tahun 2038 adalah lebih rendah berbanding jumlah tol yang dibayar sehingga 2058 walaupun ada pengurangan 18 peratus.

Bijak betul Lim Guan Eng kawan baik Kadir Jasin menipu rakyat.

Pakar ekonomi mana agaknya mereka rujuk. Patutlah ambil masa 20 bulan berbahas.

Itulah gara-gara manifesto yang ditulis secara cincai.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts