ISU JEMAAH YANG AKAN PERGI MENUNAIKAN HAJI TAHUN 2020

601
SHARES
1.9k
VIEWS

ISUNYA BEGINI:

1. Kita orang Islam buka akaun di Tabung Haji.

2. Bermakna berbillion ringgit dilaburkan di dalam TH oleh orang-orang Islam, tujuan utama hendak menunaikan Haji.

3. Jadi kita jadi rakan kongsi dengan TH.

4. TH labur duit kita dan pelaburan TH di dalam banyak sektor yang telah disahkan sebagai menepati rukun-rukun Syariah.

5. Tiap-tiap tahun, Tabung Haji untung beratus juta ringgit.

6. Menteri BN (ketika itu, Jamil Khir), mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib meminta agar keuntungan Tabung Haji untuk tahun berkenaan, contoh tahun 2017, diambil sedikit untuk kegunaan menampung kos umat Islam menunaikan Haji.

7. Maka dengan itu, kos menunaikan Haji kekal pada kadar RM9,980.00 pada tahun 2017.

8. Maka dengan ini juga, mereka kata, kerajaan BN Najib subsidi umat Islam pergi Haji.

9. Bagi saya ini tidak tepat.

10. Pada pandangan saya yang sekolah tidak tinggi dan tidak ada PhD, Tabung Haji berkongsi keuntungan tersebut untuk tahun berkenaan (2017), kepada umat Islam yang hendak menunaikan Haji.

Sebagai ‘rakan kongsi’ menabung di akaun bank Tabung Haji, apa salahnya jika keuntungan dikongsi bersama.

11. Paling tidak, jemaah Haji yang pergi itu mendoakan Tabung Haji pun sudah banyak berkatnya. 

Bagi saya ini bukan subsidi kepada jemaah yang pergi Haji.

Ini adalah perkongsian bersama keuntungan Tabung Haji dengan pencarum mereka di akaun TH.

DENGAN KERAJAAN PAKATAN:

12. Bab ini, Mujahid dan Lim Guan Eng tidak faham.

13. Kata Mujahid, tahun ini berkemungkinan besar tidak ada lagi subsidi untuk jemaah menunaikan Haji.

Seperti tahun 2019, sesiapa yang pergi Haji untuk kali ke-2, perlu bayar penuh iaitu RM22,900.00.

14. Bayor ler full: RM22,900-00 lebih. Kesian jemaah yang pergi tahun ini 2020.

AMBIK KOME:

15. Inilah yang dinamakan Konsep Malaysia Baru.

Jemaah Haji tiada lagi bantuan kewangan (bukan subsidi) daripada Kerajaan Pemerintah untuk pergi menunaikan Haji untuk tahun WAWASAN 2020.

Bagaimana Tabung Haji hendak mencari keuntungan dari pelaburan mereka?

Semua aset terbaik sudah dijual dan dilelong oleh Guan Eng dan Mujahid.

Aset-aset yang terbaik Tabung Haji inilah yang memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji.

Padan muka, umat Islam yang menyokong PH pada Mei 2018.

Kalau masih belum sedar juga, orang Perak kata; ENTAH LER KOME YEOP.

TERUK KERAJAAN PAKATAN HARAPAN INI.

Salam.

DSBA

23 Januari 2020

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts