MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA ‘RAMAH MENJEMPUT’ CORONAVIRUS

2.3k
SHARES
1.9k
VIEWS

Tindakan kerajaan Malaysia masih tidak bertindak tegas terhadap kemasukan rakyat China amat dikenali. 

Walaupun setelah kerajaan China melalui Presidennya sendiri Xi Jinping telah menyekat rakyatnya keluar negara dan beberapa wilayah telah dikuarantin melibatkan puluhan juta penduduk.

Malah Hong Kong juga telah mengisytiharkan darurat dengan membatalkan sambutan dan mengehadkan hubungan dengan China.

Manakala Filipina bertindak tegas menghantar pulang warga China terutama mereka yang berasal dari Wuhan, wilayah yang mula menularkan wabak ini. 

Di sebalik ketegasan negara luar, lain pula yang berlaku di Malaysia yang masih ‘berlembut’ menangani wabak baharu namun amat berbahaya kerana masyarakat dunia masih belum menemukan cara untuk menanganinya. 

Apa yang amat dikesalkan ialah tindakan kerajaan seolah-olah wabak novel coronavirus ini satu perkara kecil malah meminta rakyat Malaysia tidak mendiskriminasi rakyat China yang berkunjung ke negara ini.

Adakah kerajaan meminta rakyat Malaysia agar bergaul mesra dengan pelancong ini yang negaranya sendiri telah menghalang mereka keluar ke negara lain?

Kerajaan sepatutnya bertindak tegas menghalang kemasukan rakyat China yang baru sampai dan mana-mana yang berada dalam negara ini dikuarantin sehingga disahkan bebas jangkitan.

Selepas itu barulah mereka dihantar pulang secara berperingkat ataupun dibenarkan berada dalam negara namun tetap dipantau. 

Ini kerana wabak ini tidak dapat dikesan dalam masa 14 hari ‘incubation period‘ iaitu tempoh simptom pertama dapat dikesan selepas terdedah dengan wabak tersebut.

Buktinya banyak kejadian di mana pesakit telah memasuki negara dan berjaya melepasi saringan kesihatan minimal di lapangan terbang termasuklah di Singapura. 

Kerajaan wajar mengamalkan kaedah mencegah wabak ini daripada kemudiannya bertungkus lumus mencari jalan mengubati rakyat yang dijangkiti.

Hanya kerana ingin bersikap ramah dan mesra dengan pelancong China.

Tidak mengapa jika pelancong China berkurangan apabila mereka dilarang masuk ke negara ini, daripada pelancong dari negara lain pula menghindari Malaysia apabila melihat negara ini menjadi hub kepada pelancong yang dijangkiti coronavirus.

Seperti nasihat Tunku Mahkota Johor;

Janganlah tunggu kritikal (baru hendak bertindak). Sekurang-kurangnya lakukanlah satu perkara betul, iaitu dengarlah suara rakyat“. 

Atau adakah kerajaan menunggu dalam kalangan keluarga atau pemimpin Pakatan Harapan sendiri dijangkiti virus ini kemudian barulah kerajaan akan melaksanakan tindakan pencegahan?

Ketika itu mungkin sudah terlambat dan satu negara menanggung padah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts