PEMIMPIN NEGARA TIDAK SEPATUTNYA MEMANDANG RINGAN ISU CORONAVIRUS

675
SHARES
1.6k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

28 Januari 2020

Setakat pukul 8 malam ini, negara China mengesahkan 4,000 kes Coronavirus dijangkiti di dalam negeri dan kematian meningkat kepada 106 orang.

Kerajaan China sedang mencuba sedaya upaya untuk mengekang penyebaran wabak virus ini. Kes-kes dikesan di 18 negara lain termasuk Malaysia.

RESPONS KERAJAAN NEGARA-NEGARA TERLIBAT:

HONG KONG, 28 Januari 2020: Tutup sempadan dengan tanah besar China untuk mengekang penyebaran virus.

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menyekat kemasukan dan transit pelawat-pelawat yang datang dari Hubei (daerah di mana Wuhan adalah ibu negeri) dan pelawat yang memegang pasport dari Hubei.

THAILAND: Kerajaan Thailand telah mewajibkan pemeriksaan simptom Coronavisrus ke atas kesemua pelawat dan warga China yang ingin masuk ke sempadan Thailand dan kuarantin mereka jika didapati membawa virus.

AMERIKA SYARIKAT: Kerajaan Amerika Syarikat telah menghantar kapal terbang untuk mengeluarkan (evakuasi) 240 orang rakyat Amerika dari Wuhan.

JEPUN: Kerajaan Jepun menghantar kapal terbang untuk mengeluarkan (evakuasi) 650 orang rakyat Jepun dari Wuhan.

AUSTRALIA: Kerajaan Australia menghantar kapal terbang untuk mengeluarkan (evakuasi) 100 orang rakyat Australia dari Wuhan.

PERANCIS: Kerajaan Perancis menghantar kapal terbang untuk mengeluarkan (evakuasi) 800 orang rakyat Perancis dari Wuhan.

FILIPINA: Kerajaan Filipina menggantung semua visa pendaratan (visa on arrival) kepada semua pelawat dari China.

KOREA SELATAN: Kerajaan Korea Selatan menghantar kapal terbang untuk mengeluarkan (evakuasi) 700 orang rakyat Korea Selatan dari Wuhan. Kerajaan Korea menyatakan akan membanteras penyebaran virus ini secara “all out“.

MALAYSIA:
Tidak cukup thermal scanner untuk kesan simptom di lapangan terbang. Kerajaan baru ingin cari peruntukan untuk beli scanner tambahan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata bajet akan diberikan secepat mungkin (maksudnya belum diberi lagi).

Apabila ditanya berkenaan sekatan dan kuarantin ke atas pelawat-pelawat dari China, Perdana Menteri Tun Mahathir berkata:

Mana kita nak letak (kuarantin) pelancong China? Dalam kandang lembu? (diikuti dengan gelak hahaha di latarbelakang)“.

Dan apabila wartawan bertanya adakah kita akan menyekat barang-barang yang diimport dari Wuhan, Tun Mahathir berkata:

Buat apa (nak sekat)? Barang-barang itu bukannya demam (gelak hahaha di latarbelakang)“. 

KOMEN SAYA:

Tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri ini perlahan dan seolah mengambil ringan dan meremehkan perkara ini. Ini tidak sepatutnya.

Takkan hendak tunggu beberapa rakyat mati atau beribu orang jatuh sakit seperti insiden di Sungai Kim Kim Pasir Gudang baru hendak bertindak.

Minggu lepas dilaporkan 5 juta penduduk Wuhan telah sempat keluar dari bandar Wuhan sebelum sekatan keluar dikenakan oleh kerajaan China ke atas penduduk Wuhan.

Jika saya seorang warga Wuhan yang ingin lari dari Wuhan, minggu lepas sebaik sahaja virus ini dikesan dan heboh dilaporkan, saya akan beli tiket kapal terbang dan datang ke Malaysia sebab Malaysia antara negara yang paling senang untuk warga China masuk.

Sejak 1 Januari 2020, Kerajaan PH telah memberikan pengecualian visa kepada pelawat-pelawat dari China untuk memudahkan mereka masuk ke Malaysia.

Tambahan lagi, tidak seperti negara-negara lain, kerajaan Malaysia dan Menteri-menterinya termasuklah Perdana Menteri mengambil ringan perkara ini dan lambat mengambil tindakan; semalam barulah kerajaan terhegeh-hegeh menggantung pengecualian visa pelawat China setelah didesak ramai.

Kepada Perdana Menteri Tun Mahathir dan Tun juga adalah seorang doktor, seriuslah sikit berkenaan hal ini. Perkara ini adalah perkara serius.

Kita tidak perlu panik namun kita juga tidak perlu mempermain-mainkan, memperkecil, atau membuat lawak bodoh dalam mengambil tindakan atau apabila ditanya berkenaan tindakan kerajaan dalam menangani hal ini.

Zaman ini bukan lagi zaman kita boleh ‘downplay‘ atau remehkan perkara seperti ini untuk menutup kelemahan tindakan kerajaan atau menipu rakyat supaya kononnya jangan risau atau panik.

Rakyat berhak mendapat jawapan fakta sebenar dan tindakan yang serius daripada kerajaan.

Ramai orang telah mati dalam jangka masa yang singkat akibat jangkitan virus ini dan ia semakin merebak.

Cuba kalau virus ini kena pada Mukhriz, Mokhzani atau Marina, tengok sama ada Tun boleh buat lawak lagi atau tidak berkenaan virus ini selepas itu.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/642868829801978/?d=n

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts