AHLI POLITIK JANGAN PERJUDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

414
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA GPMS

29 Januari 2020

1. Hari ini telah tular satu kenyataan daripada YB Nga Kor Ming yang mengancam kerajaan supaya mengiktiraf UEC.

2. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan kerana ia adalah satu tindakan yang memperjudi Dasar Pendidikan Negara hanya untuk kepentingan politik.

3. Tindakan ini adalah tindakan yang amat biadab daripada seorang ahli politik kerajaan yang sepatutnya menjunjung tinggi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tindakan ini dilihat jijik dan tidak menghormati prinsip asas negara majmuk di Malaysia.

4. GPMS memberi amaran jika tidak dihentikan kebiadaban ini maka GPMS akan terus melawan walau apa yang terjadi demi untuk memartabatkan Dasar Pendidikan dan Kehormatan institusi pendidikan daripada dicemari anasir toksik ahli politik.

5. GPMS juga menggesa agar keputusan berkenaan UEC ini segera dimuktamadkan. Hal ini demikian kerana telah jelas bahawa jika UEC diiktiraf ia bertentangan dengan perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Oleh yang demikian perkara-perkara seperti ini tidak lagi perlu timbul dan dipertikai.

6. Malaysia adalah rumah kita dan tanah pusaka kita. Biarlah kita sendiri mencorak sistem pendidikan kita tanpa dipengaruhi sistem pendidikan dari luar seperti UEC yang asalnya dari negara Taiwan. GPMS tidak rela pendidikan negara di’bangsat’kan oleh mana-mana ahli politik demi kepentingan politik.

Sekian. 

Salam hormat, 

MOHD ALIF ANAS BIN HJ MD NOOR

Presiden GPMS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts