PERKASA GESA AGAR DAP SEGERA KELUAR DARI KERAJAAN JIKA UEC TIDAK DIIKTIRAF

361
SHARES
1.2k
VIEWS

Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah

Naib Presiden

Merangkap Ahli Dewan Tertinggi (ADT)

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

29 Januari 2020 | 4 Jamadil Akhir 1441H

1. PERKASA merujuk kepada laporan akhbar dalam talian, Malaysiakini.com bertajuk “DAP Sanggup Keluar Kerajaan Jika UEC Tidak Diiktiraf” bertarikh 29 Januari 2020.

2. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming dilaporkan berkata bahawa DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC).

3. PERKASA menganggap kenyataan Nga Kor Ming sebagai satu ugutan yang serius dan biadap kepada Putrajaya yang berada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

4. PERKASA menggesa agar Nga Kor Ming segera meminta maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana isu UEC masih pada peringkat perbincangan yang mendalam dan Tun sendiri masih memangku jawatan Menteri Pendidikan. Kebiadapan Nga Kor Ming sangat sangat tidak menghormati kedudukan Tun Mahathir yang menerajui kerajaan Pakatan Harapan dan sepatutnya dilakukan di meja rundingan dan bukan mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Apatah lagi isu UEC masih belum dicapai keputusan yang muktamad. Ternyata DAP lebih ‘sudu dari kuah’, suka mencari publisiti dan populariti murahan dalam suasana politik sekarang.

5. PERKASA mencabar DAP agar segera keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf supaya mudah Tun Mahathir memberikan fokus kepada pengurusan dan pemerintahan negara. Dengan tindakan ini, mudahlah Pakatan Harapan mengenal pasti siapakah dalang yang memporak-perandakan negara selama ini.

6. PERKASA juga menyeru agar parti-parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan agar terus istiqamah bersama kepemimpinan Tun Mahathir dalam menghadapi ugutan dan ancaman DAP ini. Teruskan mempertahankan yang hak dan tumpaskan yang batil. Jangan pasrah dengan ugutan DAP. Pertahankan kedaulatan Islam, Yang DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan serta hak keistimewaan Melayu.

Sekian, terima kasih.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts