INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN

468
SHARES
2.8k
VIEWS

1. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

2. Sementara YDP Agong merupakan Ketua Negara, di peringkat negeri pula, raja-raja berperanan sebagai Ketua Negeri.

3. Institusi YDP Agong diwujudkan selepas kemerdekaan pada 1957 dan merupakan institusi tertinggi berdasarkan Perlembagaan bagi mengetuai Persekutuan Malaysia.

4. Baginda dipilih Majlis Raja-Raja dalam kalangan sembilan Raja-raja Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan – bagi tempoh lima tahun, menjadikannya unik berbanding negara-negara lain.

5. YDP Agong menaungi ketiga-tiga institusi sistem pentadbiran negara, iaitu legislatif (badan perundangan), eksekutif (badan pelaksana dasar) dan judisiari (badan kehakiman).

6. Berdasarkan Perlembagaan, antara kuasa budi bicara YDP Agong ialah melantik Perdana Menteri, sementara bagi Raja-raja pula, untuk melantik Menteri Besar di peringkat negeri.

7. Dalam prinsip Rukun Negara, kesetiaan kepada raja dan negara berada di urutan kedua selepas kepercayaan kepada Tuhan, menunjukkan ketinggian dan keutamaan institusi berkenaan.

8. Institusi Raja menjadi pelengkap serta semak dan imbang kepada sistem pemerintahan demokrasi di negara ini.

Jabatan  Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts