PERKASA MENYOKONG PENUH TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

740
SHARES
703
VIEWS

Kenyataan Media PERKASA

1 Februari 2020

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini berasa lega dan sangat bersyukur serta menyokong titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenaan tanah Kampung Baru.

Baginda Tuanku telah bertitah agar pembangunan di atas tanah kawasan tersebut hendaklah mengambil kira kepentingan Melayu.

PERKASA menggesa semua pihak terutamanya kerajaan Malaysia dan DBKL perlu akur dan menjunjung titah  Baginda Tuanku YDP Agong tersebut.

Jika ada pihak mengenepikan titah Baginda Tuanku tersebut bermakna mereka menderhaka kepada YDP Agong dan PERKASA bersedia dengan sebarang kemungkinan bagi mempertahankan kepentingan Melayu di Kampung Baru, seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

PERKASA mahu sebarang perancangan pembangunan Kampung Baru hendaklah dipersembahkan kepada YDP Agong terlebih dahulu agar Baginda Tuanku sedia maklum mengenainya serta bagi memastikan ia selari dengan titah Baginda Tuanku demi kepentingan Melayu di kawasan itu.

PERKASA berharap titah Baginda Tuanku yang mahu Kampung Baru menjadi simbol penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur sentiasa ditanam dalam jiwa setiap pemimpin pemerintah dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru itu nanti.

PERKASA mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Baginda Tuanku yang mahukan kepentingan Melayu di Kampung Baru terpelihara dan PERKASA mohon perkenan Baginda Tuanku untuk bertitah kepada kerajaan agar segera kembalikan Tanah Rizab Melayu yang telah diambil untuk pembangunan awam dengan jumlah keluasan begitu besar sekali yang mana tidak sampai 15 peratus baki Tanah Rizab Melayu yang tinggal.

PERKASA melihat kedudukan Tanah Rizab Melayu sangat bergantung harap ke Bawah Duli YDP Agong dan Raja-Raja Melayu untuk mengembalikannya semula kepada jumlah asal.

Sekian. 

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts