TUN MAHATHIR, SILA BATALKAN HASRAT LAKSANA PPSMI

815
SHARES
2.6k
VIEWS

UMMAH menyokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dan juga pemangku Menteri Pendidikan bukan untuk mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.

Keputusan melaksanakannya semula sangat malang, mengecewakan dan akan menggelapkan semula masa depan dunia pendidikan anak bangsa negara.

PPSMI telahpun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada kemerosotan para pelajar.

Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80 peratus di sekolah kebangsaan dan di sekolah menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010.

UMMAH bertegas agar Tun Mahathir membatalkan hasrat tersebut atau akan berhadapan semula dengan gelombang himpunan rakyat menolak PPSMI yang telahpun berlaku sebelum ini.

UMMAH bertekad akan menggerakkan rakyat berhimpun sekali lagi bagi menentang program PPSMI, dan ini akan mengakibatkan Tun Mahathir akan kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi Ummah

Ketua Eksekutif MAPPIM

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts