KERAJAAN PINTU BELAKANG ATAU KERAJAAN PINTU HADAPAN?

280
SHARES
801
VIEWS

Saya terpanggil untuk menulis sedikit, apabila saya membaca artikel dari seorang penganalisa politik lulusan dari universiti ternama di dunia.

Beliau mempersoalkan bahawa sekiranya Datuk Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO bersetuju untuk membina satu Kerajaan Baru bersama Mahathir, ini merupakan SATU KERAJAAN PINTU BELAKANG.

SOALAN BELIAU:

Adakah mereka (MP), yang bukan Melayu dan bukan Islam ini bersetuju untuk membentuk kerajaan pintu belakang atas dasar memperjuangkan Melayu-Islam, lebih-lebih lagi Ahli-ahli Parlimen bukan Melayu dan bukan Islam dari Sabah dan Sarawak?

MENJAWAB PERSOALAN INI:

Kerajaan Perpaduan Baru yang dikhabarkan akan dibina, belum lagi dinyatakan secara detail oleh mana-mana pihak.

Baik dari Zahid Hamidi, mahupun dari Haji Hadi atau dari Dr. Mahathir.

Apa yang pasti, sudah tentu kerajaan yang bakal dibina, akan menjaga kepentingan semua kaum dan penganut agama masing-masing.

Ini cara Malaysia.

Ini cara yang terbaik.

PERSOALAN KEDUA:

Kenapa begitu ramai penganalisa politik….

Kerap sekali menyatakan bahawa …

INI MERUPAKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG? 

Saya berpendapat terminologi kerajaan pintu belakang ini adalah salah.

TERMINOLOGI KERAJAAN PINTU BELAKANG BERMAKSUD:

1. Sekiranya, ada rampasan kuasa dari tentera menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

2. Atau, parti UMNO, PAS dan GPS membeli Ahli-Ahli Parlimen yang lain agar mereka mendapat majoriti 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dan merampas kuasa daripada Kerajaan PH ini dengan menggantikan Perdana Menteri Dr. Mahathir kepada seorang Perdana Menteri yang baru.

Kalau ini berlaku, barulah dinamakan Kerajaan Pintu Belakang seperti berlaku di negeri Perak pada tahun 2009, apabila 3 ADUN menyeberang menyertai BN sebagai ADUN Bebas tetapi menyokong Kerajaan Baru BN Perak.

KERAJAAN INI ADALAH KERAJAAN PINTU HADAPAN:

Kerajaan yang bakal mahu dibina ini adalah KERAJAAN PINTU HADAPAN.

Bukan Kerajaan Pintu Belakang.

KERANA APA?

Kerana Perdana Menteri yang sedia ada tidak bertukar dan tidak digulingkan.

Apa yang berlaku, 4 parti yang bergabung bersama iaitu Bersatu, PKR, DAP dan Amanah sudah tidak lagi mempunyai “Formula Kebersamaan”  

Pergaduhan demi pergaduhan berlaku sesama mereka di dalam Pakatan Harapan.

PM Dr. Mahathir sudah tidak lagi selesa bersama parti-parti Gabungan ini.

Maka, PM Dr. Mahathir mahu membina satu kerajaan baru bersama dengan satu kumpulan parti-parti lain, yang beliau selesa dan difikirkan boleh menyelamatkan ekonomi negara.

MAKA, JEMPUTAN INI ADALAH JEMPUTAN DARI THE CURRENT PRIME MINISTER:

Maka, jemputan ini adalah jemputan dari pintu hadapan.

PARTI DAN INDIVIDU YANG DIJEMPUT MENYERTAI BLOK KERAJAAN BARU:

1. The current MP Bersatu.
2. UMNO dan BN.
3. PAS.
4. GPS Sarawak.
5. MP serpihan dari PKR.
6. Warisan dan UPKO.
7. MP serpihan dari DAP.
8. MP Bebas.

INI SATU LANGKAH BERMARUAH DAN BERANI:

Ini merupakan satu langkah yang bermaruah.

Ini bukan langkah pengkhianat.

Jangan sesekali ada di kalangan pemimpin UMNO atau ahli UMNO memanggil Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai pengkhianat bangsa dan parti.

Sesungguhnya ini merupakan satu langkah bermaruah demi untuk menyelamatkan agama Islam, bangsa dan negara.

SOKONG PEMBENTUKAN KERAJAAN PINTU HADAPAN. 

Tunggu keputusan MKT UMNO esok, 7 Februari 2020.

Salam.

DSBA

6 Februari 2020

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts