SHUKRI: TERTINGGAL PERKATAAN ‘SPRM’, TETAPI MASIH TIDAK MENJAWAB SOALAN MAJLIS PEGUAM

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Majlis Peguam Malaysia semalam mempertikaikan tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas Perdana Menteri itu. Isu tersebut juga mendapat reaksi berbagai daripada netizen.

Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan bagi satu kes besar yang boleh mengundang persepsi negatif yang sepatutnya kerajaan elakkan dari awal.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, yang juga salah seorang anggota Pasukan Petugas Khas 1MDB, kenyataan tersebut sepatutnya bertajuk ‘Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan SPRM menahan Datuk Seri Najib Razak’ dan bukannya ‘Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan penahanan Datuk Seri Najib Razak’.

“Tiada sebarang isu. Perkataan SPRM secara tidak sengaja tertinggal, itu sahaja,” katanya kepada pihak media.

Kenyataan beliau membetulkan kesilapan kenyataan semalam masih tidak menjawab persoalan ketiga yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam iaitu Pasukan Petugas Khas tidak berhak untuk:

  • Memutuskan sama ada Datuk Seri Najib akan dikenakan pertuduhan dan bila ia akan dilakukan

Adakah selepas ini Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik ini akan membetulkan kenyataannya sekali lagi?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts