EZAM: DARI ANWAR BELIAU DATANG, KEPADA ANWAR BELIAU KEMBALI – BAHAGIAN 3

736
SHARES
4.3k
VIEWS

1. Bercakap mengenai ‘cakap pusing-pusing’ , memang Ezam adalah contoh terbaik. ‘Muka tebal’ apabila cuba merasionalkan tindakannya menyamai Tun Mahathir. Ezam juga pernah ‘menghentam’ Mahathir pada tahun 1996-2003. Ketika zaman Pak Lah, beliau barangkali sibuk menghimpit ‘circle‘ Pak Lah untuk mencari tempat. Di zaman Najib, tradisi ‘menjilat’ Ezam diteruskan lagi dengan menjilat Najib hingga mampu menjadi Ahli Dewan Negara dan kemudiannya Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.

2. Dua tahun sebelum BN kalah pilihan raya, Ezam telah menjarakkan dirinya dari Najib. Ketika itu pelbagai cubaan dibuat untuk meletakkan dirinya kekal relevan di arena politik negara. Ezam menubuhkan NGO, namun akhirnya berkubur kerana tiada tajaan kewangan. Ezam kemudiannya menyertai parti Mahathir, namun hanya bertahan beberapa bulan sahaja kerana tidak diberi peranan sebagai ketua peringkat negeri parti tersebut.

Ezam juga menubuhkan parti politik sendiri dengan harapan menempatkan dirinya di kalangan Presiden parti-parti politik Malaysia. Namun entah apa silapnya, Ezam kemudiannya keluar dari parti yang beliau sendiri tubuhkan. Selepas itu beliau umumkan ingin kembali berjuang melalui NGO. Kini beliau kembali dengan NGO yang perjuangannya memuja Anwar dan telah kembali duduk sepentas dengan Ahli Parlimen PKR.

3. Kini Ezam kembali menghentam Mahathir. Bukan setakat Mahathir, Ezam juga ‘galak’ menyerang PAS kerana mendakwa PAS bekerjasama dengan Mahathir bagi menyekat peluang Anwar menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod, selepas PRU ke-14 dan sejurus Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua, Ezam memuji Mahathir sebagai pemimpin yang komited anti korupsi. 2-3 bulan berikutnya dipenuhi dengan kata-kata pujian terhadap Mahathir.

Mungkin mencari ‘tempat’ di kalangan ‘circle‘ Mahathir barangkali. Mungkin juga puji-pujian Ezam tidak bersambut dan tidak mendapat tempat, Ezam telah memulakan misi “kembali kepada Anwar” pada awal tahun 2019.

4. Jika disingkap sikap Ezam, seorang pejuang yang mendakwa dirinya bersih dan komited untuk ‘reform‘, beliau tidak akan sekali-kali menyokong Mahathir. Bukannya Ezam tidak kenal Mahathir. Ezam juga yang mendakwa mempunyai enam kotak bukti penyelewengan kuasa Mahathir. Di saat rekod Mahathir sedang memuncak sebagai Perdana Menteri, Ezam telah memulakan gerakan menjatuhkan Mahathir.

Jadi di mana logiknya Ezam mengatakan beliau menarik kembali sokongan terhadap Mahathir? Jika manusia bernama Ezam ini teguh pendiriannya, beliau tidak akan sekali-kali berbolak-balik menyokong Mahathir.  Bagaimana seorang manusia yang mendakwa pernah melihat dan mempunyai bukti penyelewengan Mahathir, tergamak mengatakan Mahathir komited membanteras rasuah serta seorang yang bersih?

Oleh Paku Warren 

(Bersambung ke bahagian 4)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts